BERAPA BANYAK WANG YANG
KITA PERLU DALAM KEHIDUPAN ?
Pada suatu ketika dulu,
seorang Maharaja telah bertitah
kepada Panglimanya .... jikalau beliau
boleh menunggang kudanya dan merentas
sebanyak kawasan yang dia boleh jajah,
maka Maharaja akan memberi tanah itu kepada dia.
Maka panglima itu pun menunggang kuda
dengan sederas-derasnya. Apabila beliau
lapar dan letih, dia tidak berhenti kerana
nak meluaskan tanah jajahan dia.
Ini berterusan sehingga tanah milik
dia terlalu luas, dan dia berasa letih-lesu
.... dan dianjung kematian
MAKA dia pun tertanya diri sendiri
"mengapa saya bermati-matian untuk
menakluk tanah yang luas ini ...
sedangkan saya sedang mati dan hanya
perlu sebidang tanah yang kecil sahaja
untuk dikuburkan"
INI ADALAH SAMA DENGAN
PERJALANAN HIDUP KITA ....
Setiap hari kita bertungkus-lumus cari wang,
untuk dapat kuasa dan tonjol barang mahal
.... untuk melebihi ejen-ejen yang lain ...
dari segi Rolex, BMW, Merz, Mustang, Posh,
dan pengiktirafan kuncu-kuncu Fesbuk ....
Kita abaikan kesihatan kita,
daan masa dengan keluarga kita,
keindahan suasana dikeliling kita serta hobi kita.
Satu hari nanti ....
apabila kita menoleh kebelakang,
kita akan sedar yang kita sememangnya
TIDAK PERLU sebegitu banyak
TETAPI kita tak boleh berputar balik masa
untuk perolehi apa yang kita telah TERLEPAS
Sekali lagi ....
berapa banyak yang kita perlu dalam kehidupan ?