Selasa, 13 Julai 2021

Deal berjumlah RM113 Juta dari Mentor saya

Airmata saya sedang menitis meleleh

semasa menulis keluhan hati saya disini.


Ia adalah tangisan SALUTE & RESPECT

kepada Mentor Hartanah Kedua saya 

.... seorang yang pemurah dan humble,

.... a true gentleman yang telah membimbing

saya dalam bidang hartanah semenjak

28 tahun perjalanan saya ...


REST IN PEACE ... Dato Chew.

Your kindness will always be remembered

And your good deeds will always be cherished.


Semalam adalah upacara pengebumian Dato.

Tetapi oleh kerana lockdown, saya tidak boleh

rentas negeri keKuala Lumpur untuk sembahkan

....  my last respect and farewell ....

Maka saya hanya hadir secara online.





Saya ingat lagi iaitu pada bulan Mac 1993, 

saya telah quit my corporate job sebagai

Marketing Manager disyarikat hartanah

( yang disenaraikan diBursa Malaysia )

untuk menceburi Agensi Hartanah.


Dan 6 bulan kemudian, saya telah close deal

RM7.2 Juta tanah komersial yang dibeli oleh

Dato dan rakan-rakan kongsi mendiang.


( tanah itu terletak diSelayang dan telah

dibangunkan sebagai Summit Square )


It was my 1st BIG DEAL ... !!

Fast forward to today, how much do you

think that RM7.2 million is worth now ?


Jumpa partner Dato lunchtime dan hampir

pukul 4 petang, mereka setuju nak beli

dan nak bayar Earnest Deposit.


Masa itu saya memang panic .

Sebab saya cuma tahu lokasi tanah itu

dan langsung tidak ada butiran lain seperti

Title No, Lot No, Approval Letter, etc.


( Actually listing itu belongs to my friend.

Tapi dia tak tahu buat tanah .... so dia pun

suruh saya take over )


Sebagai newbie, macammana saya nak

collect Earnest Deposit pun saya tak tahu .... 

dan Offer Letter pun saya tak pernah nampak !!


SO i did the next best thing ...

which is to arrange a meeting between

Buyer and Seller !!


AND thus my first land transaction was done.


Oleh sebab cara saya buat deal adalah sangat

TELUS DAN JUJUR ( open and transparent )

dan TIDAK MARK-UP ( yang suka dipraktikkan

oleh segelintir ejen yang tamak dan cuma nak

kaya-raya cepat ), maka Dato pun memberi

saya banyak lagi peluang untuk cari tanah

untuk mereka.


Selepas deal yang pertama itu, ia diikuti pula

dengan Second Land Deal RM57 Juta dilokasi

Seri Kembangan ( ini dibangunkan sebagai

South City Plaza )



Ini disusuli pula dengan Deal Ketiga RM18.5 Juta

dekat Bachang diMelaka yang dimajukan sebagai

Kipmall Melaka ( tanah kategori Industri ini 

saya dapat dari senarai hartanah Lelong )



Kemudian deal yang Keempat ialah RM20 Juta 

tanah pertanian diSeremban yang dibangunkan 

sebagai Kipmall Senawang.



Yang kelima pula ialah tanah komersial RM10 Juta

diSungei Petani yang belum dibangunkan lagi


Jumlah keseluruhan ialah hampir RM113 Juta.

Ini adalah ehsan dari Dato Chew kepada saya

sebagai seorang ejen hartanah yang diberi

kepercayaan yang penuh.


Walaupun kaya dan berjaya, namun Dato begitu

humble sekali dan terus memberi peluang kepada 

saya untuk close deal.


Bila saya imbas kembali kepada musafir lama ini,

apa yang ketara ialah keiklasan & kejujuran hati saya

.... to do the best for him ....

.... to be honest and sincere ...

--- to be loyal and trusworthy


Saya amat menghargai jasa baik Dato.

Tanpa beliau, saya memang tidak boleh sampai

ketahap agensi hartanah yang tertinggi.


Satu minggu sebelum Dato meninggal,

mendiang telah call saya untuk buat satu lagi

deal yang bernilai RM110 Juta.

....  My last assignment ....


I am devastated to hear about his demise.

I am deeply saddened by the loss of my Mentor.


Walaupun demikian, saya bertekad untuk 

melaksanakan dan menjayakan pesanan terakhir

Dato Chew .... ini tanggungjawab saya ....


REST IN PEACE DATO ....

=================================

Jika korang rasa coretan hari ini Bermanfaat,

dan dapat belajar sesuatu dari mesej yang tersirat

sila Share kepada team member anda.



11 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Very inspired... I hope one day i can be successfull agent like you sir..

    BalasPadam
  3. Sifu,Sikap anda yang merendah diri ,jujur dan amanah dapat saya faham melalui ulasan diatas.Saya turut sedih atas kehilangan Dato Chew.

    BalasPadam
  4. semoga Bro Jeevan akan terus membaca dan support Blog ini

    BalasPadam