Sebagai ejen hartanah ataupun newbie REN
( Real Estate Negotiator ), kita selalu sibuk
lari kesini kesana buat listing dan viewing,
COA atau Co-Agency, dan macam-macam lagi.
Matlamat kita adalah satu sahaja .... iaitu untuk
Close Deal dan meraih komisyen itu .... samada
transaksi jual-beli atau penyewaan.
Selepas close deal, korang boleh lega sikit dan
menjamu selera macam burung ini .... boleh
makan kerengga dan belalang ....
Tetapi bukan selalu kita dapat capai matlamat itu.
Mengapa ? Jawapannya adalah begini.
Dalam keghairahan mengejar transaksi itu,
ramai ejen hartanah buat KESILAPAN UTAMA
.... iaitu mereka tidak faham Keperluan pembeli
atau penyewa itu.
Kesemua transaksi ada 3 pihak --- Pemilik, Ejen
dan Pembeli/Penyewa.
TETAPI selalunya ejen hartanah akan memihak
kepada Pemilik sahaja dan tidak memberi perhatian
kepada apa yang diperlukan dan dikehendaki oleh
Pembeli atau Penyewa itu
Ada berperasaan tak apabila mendapat satu listing,
korang akan PUSH your listing to your buyer ?
Korang ada tak menyelidik sedikit latar belakang
pembeli atau penyewa itu , baik dari segi kewangan
mereka, jenis pekerjaan, mengapa nak beli/sewa,
berapa orang nak tinggal, dan lain-lain lagi.
Nasib baik saya masih ada simpan video ini yang
telah dibuat dahulu . Video ini adalah mengenai
topik hari ini ( tetapi oleh kerana kepakaran saya
adalah dalam tanah, maka video saya berlandaskan
tanah .... tetapi konsep adalah sama )


Tiada ulasan:
Catat Ulasan