Ramai ejen tertanya mengapa saya
TIDAK buat rumah, kondo dan sebagainya.
Sebenarnya dizaman dulu apabila saya
baru berkecimpung dalam agensi hartanah,
saya memang ada buat jenis hartanah itu.
Jual rumah .... sewa rumah ....
ini adalah ASAS kepada semua ejen hartanah
yang perlu dilalui sebagai seorang newbie .
Rumah merupakan keperluan kepada semua
lapisan masyarakat, dan pada amnya adalah
jenis hartanah yang sentiasa dikunjungi dan
dilamar oleh ejen hartanah yang baru.
Lagipun, proses jual-rumah sewa-rumah ini
akan memberi satu permulaan yang bagus
untuk memahami selok-belok buat agensi.
Process Sub-Sale will provide a strong
Foundation to any aspiring property agent
to continue further in this business.
Pada 5 tahun yang pertama, saya memang
banyak buat transaksi rumah. Tetapi selepas itu
saya sedar yang ia tidak berbaloi dari segi
Masa ...Usaha.... dan Komisyen.
Saya bagi 3 Contoh ....
CONTOH 1
===============
Listing ialah sebuah rumah teres satu tingkat
di Sri Petaling yang berharga RM150,000.
Lebih kurang 25 trip ulang alik, termasuk
viewing sekali.
Prospek yang terakhir tengok, then kata
nak tunggu suami pula tengok. Selepas
suami dah viewing, then kata tunggu aunty
mak mertua tengok .... then kata nak ajak
Feng Shui Master tengok .... then lagi mahu
Kontraktor datang tengok ....
Belum habis lagi jang .... rileks sikit.
Isteri pula nak view kali kedua .... then husband
pula mau 3rd viewing ....
Komisyen pula ?
Owner kata Ah Long kejar dia.... duit tak cukup.
Bagi saya RM500 ... take it or leave it.
25 trip ... minyak pun tak boleh cover ...
CONTOH 2
==================
Saya telah sewa bangalo dua tingkat RM6,000
diAmpang Utama kepada Ambassador negara
Asia Tengah.
Baru masuk 2 hari sahaja itu rungutan dah mula.
Why this house got many lizards ?
Why the Auto-Gate move so slow ?
Water hose got leaking ....
You as the agent must come to solve all these ....
Semua benda remeh-temeh ejen kena handle
walaupun ini diluar fungsi kita.
Apa boleh buat .... dia Duta .
Lagipun dia dah refer beberapa kakitangan
dari embassy beliau untuk sewa apartment.
CONTOH 3
====================
Ini expat Itali yang baru tiba diKuala Lumpur
Budget sewa bangalo ialah RM25,000 sebulan.
Setelah viewing beberapa luxury bungalows
dikawasan Ampang, dia pun berminat untuk
sewa bangalo yang terletak diJalan U Thant.
Tapi esok hari pula dia tukar cerita sebab
kawannya kata bangalo diBangsar bagus juga.
So dia pun nak tengok ... maka i pun cepat
arrange bungalows diBangsar pula ....
Beberapa hari kemudian, dia pusing lagi.
Dia kata last night had dinner with friend,
who told him Bukit Damansara also is very
high class.
So i pun kena arrange viewing disana pula .
Never ending .... akhirnya dia ambil juga
listing saya di Jalan U Thant sebab garden
luas 1 ekar .... ideal for party function ...
============================================
Cerewet .... membebel .... mengarut .....
Sekarang korang tahu mengapa saya tak nak
jadi ejen jual rumah-sewa rumah ....



Betul,tak semudah yg dicakap,apapun,ilmu dan kesabaran sangat diperlukan.
BalasPadam