Saya amat bersyukur dapat berkenalan dengan
Uncle Ho ( pengasas syarikat pemaju hartanah
Hua Yang Berhad ) pada tahun 1994 dan seterusnya
menjadi Mentor Hartanah saya yang Ketiga
Waktu itu saya masih dalam tahun kedua saya
menjejaki bidang agensi hartanah. Seorang manager
dari Kwong Yik Bank ( bank ini telah digabungkan
dengan bank lain ) telah memperkenalkan Uncle Ho
kepada saya.
Saya diberi mandat untuk jualkan tanah komersial
24 ekar mereka di Seri Kembangan, yang saya telah
berjaya jualkan pada harga RM57 Juta .
Tanah ini kemudian telah dimajukan sebagai
projek SOUTH CITY PLAZA
Uncle Ho amat gembira dengan pencapaian saya
kerana Dana Jualan itu akan digunakan untuk beli
tanah lain yang seluas minima 1,000 ekar yang ada
Potensi Pembangunan ( ini ialah salah satu syarat
yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk
menyenaraikan syarikat itu diBursa Saham Malaysia )
Oleh kerana Uncle Ho percaya kepada saya, maka
saya pun ditugaskan untuk mencari tanah 1,000 ekar
disemua pelusuk negara.
Pada usia 34 tahun, saya telah pun menyahut seruan
Cuti-Cuti Malaysia .... mengembara ke Johor, Melaka,
Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Kedah ... mencari
tanah yang semikian untuk Public-Listing Exercise.
DAN 2 atau 3 kali seminggu, saya pun berada
dipejabat Uncle Ho untuk memberi update dan
bermesyuarat. Ini berlarutan lebihkurang 5 tahun
Walaupun saya tidak menerima
apa gaji ... dan menyerupai seorang part-time staff,
namun saya rela berbuat demikian kerana ini
adalah peluang untuk saya MENAMBAH ILMU
mengenai Property Development ....
Saya yakin kebanyakkan ejen Hartanah zaman ini
lebih mementingkan DUIT ... daripada sudi bekerja
secara percuma ... demi mencari ilmu hartanah ,
No Money No Talk !!
TETAPI nasib tidak berbau.
Satu bulan sebelum syarikat Hua Yang disenaraikan,
Uncle Ho telah menghembus nafas terakhir akibat
penyakit kanser .
Semasa itu saya sedang berada di PLUS Highway,
on the way to Melaka .... dan menerima panggilan
daripada setiausaha Uncle Ho.
Jadi saya pun buat U-Turn dipersimpangan Air Keroh
dan terus balik ke Bukit Pantai untuk menyembah
" my last respect " ....
Selepas berada diBursa Saham Malaysia, syarikat
diketuai pula oleh anak Uncle Ho yang baru tamat
Masters in Architecture dari luar negara.
Saya juga telah jualkan tanah 16 ekar berharga RM40 Juta
kepada mereka, yang dibangunkan sebagai ONE SOUTH
disebelah Tol Sungei Besi.
Jumlah deal dengan mereka setakat ini hanya RM97 Juta,
dan jika deal pada 4 tahun yang lalu tidak ditamatkan
ataupun Aborted, kesemua deal akan cecah RM217 Juta.
Uncle Ho telah memberikan saya " My First BIG Break "
dalam perjalanan saya sebagai ejen hartanah.
AND I am forever grateful to the late Uncle Ho
for jumpstarting my journey into land deals ....
=======================================
Jika kandungan pos ini bermakna dan bermanfaat,
korang dijemput buat Sharing kepada Team Member \.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan