Rabu, 1 September 2021

Broker haram menyamar sebagai Ejen Hartanah

 

Kebanyakkan ejen hartanah merungut

tentang keujudan Broker Haram ataupun

Ejen Haram.


Ini ialah kerana broker sebegini memakan

kedalam nasi periuk serta pendapatan ejen

yang berdaftar.


TETAPI ramai ejen hartanah mempunyai

anggapan yang salah tentang PERANAN

Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah

dan Pengurus Harta.


Dan ramai juga ejen hartanah yang salah faham

tentang peranan Malaysian Institute of Estate Agents


Pada dasarnya, LPPEH hanya memainkan 

peranan REGULATORY sahaja dan BUKAN

peranan Enforcement.


Dan M.I.E.A hanya sebuah persatuan yang

cuma menyalurkan kesemua tindakan SalahLaku 

kepada perhatian LPPEH.


MAKA jika ada Individu ataupun Koperasi

ataupun Syarikat yang menjalankan kegiatan

ejen hartanah TANPA LESEN daripada LPPEH,

mereka ini adalah KEBAL .... sebab mereka ini

BUKAN dibawah naungan/jurisdiction LPPEH.




Artikle diatas adalah dipetik daripada paparan

diFacebook Page M.I.E.A.


Apa yang ketara ialah LPPEH hanya boleh ambil

tindakan DISIPLIN terhadap ejen yang didaftarkan

dengan Lembaga. 


JADI untuk mereka yang TIDAK berlesen dan

TIDAK didaftarkan dengan LPPEH, maka TIADA

tindakan yang boleh dikenakan oleh Lembaga !!


Korang sila baca baik-baik ya ....


Apa yang boleh dibuat hanya menyuruh Polis

untuk menangkap mereka ATAUPUN mengambil

tindakan undang-undang .


RUMUSANnya ialah broker haram/ejen haram

akan kebal dan bermaharajalela ....


Tetapi korang yang bersusah payah belajar

4 hingga 5 tahun untuk mendapat Lesen E

.... akan dikenakan Tindakan Disiplin LPPEH

jika korang buat salahlaku pula ....


ADIL TAK ?

Apa pendapat korang ?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan