Beberapa tahun yang lalu, seorang ejen hartanah
telah tunjukkan kepada saya satu iklan jualan
tanah 20.4 ekar di Sungei Long.
Tujuan beliau ialah hendak tahu pendapat saya
tentang potensi tanah pertanian ini.
DAN berikut adalah pendapat saya :
Ulasan 1
==========
Tanah ini masih Pertanian.
Untuk membuat Tukar Syarat kepada Bangunan,
dan mendapatkan Kebenaran Merancang serta
Kelulusan Pelan Bangunan akan memakan masa
lebihkurang 3 tahun.
Maka perlu diambilkira Holding Costs dulu.
Ulasan 2
==========
Tanah itu terletak terlalu DALAM
( too deep inside ).
Daripada hujung Persiaran SL 7a ,
skala Google Map menunjukkan jarak
hampir 5 kilometer kedalam lokasi tanah.
( Google Street View diupdate pada 2013,
dan kemungkinan telah ada jalan masuk
pada hari ini )
Ulasan 3
===========
Anggaran saya ialah RM12 Juta tambahan
untuk Premium Tukar Syarat, bina jalan masuk,
infrastruktur utiliti , holding costs dan lain-lain
kos.
===================================
Harga Jualan yang diiklankan ialah RM22 Juta.
Tambahkan RM12 Juta adalah Jumlah RM34 Juta.
Tetapi luas tanah ialah 20.4 ekar kasar ataupun
Gross Land. Jika ditolak kawasan lapang, jalan,
longkang, dan sebagainya .... yang tinggal cuma
14 ekar NET Land !!
Pendekkata, pembeli terpaksa bayar RM34 Juta
hanya untuk tanah seluas 14 ekar sahaja, ataupun
RM55.75 sekaki persegi !!
Ini memang mahal, dan kurang feasible untuk
pihak pemaju untuk membeli tanah ini ....
For the same price, the buyer can find better
sites elsewhere .
Ramai ejen hartanah akan terus buat iklan
apabila mendapat sesuatu listing tanah
TANPA ilmu macam mana nak buat kajian
dan analisa mendalam.
Maka mereka pun terus hanguskan kos iklan
kepada iProperty, StarProperty, EdgeProperty,
Mudah dan lain-lain ...



Tiada ulasan:
Catat Ulasan