Kebanyakkan ejen hartanah bertumpu dan
menceburi sektor perumahan sahaja, samada
rumah jenis landed ataupun highrise.
Ini ialah kerana sektor inilah yang diajar
oleh Team Leader dan Prinsipal mereka.
Tetapi dalam bidang hartanah ini terdapat
banyak lagi sektor yang boleh dikendalikan.
DAN untuk ejen yang malas, satu sektor
yang saya syorkan ialah Ruang Pejabat,
iaitu menjadi Office Space Agent.
Mengapa saya kata ia sesuai untuk ejen
yang malas ?
MASA VIEWING
==================
Untuk view ruang pejabat, biasanya ia
dibuat pada hari bekerja dan pada waktu
pejabat sahaja.
Hari bekerja bermakna dari hari Isnin sampai
kehari Sabtu .... dan banyak pemilik office pula
hanya beoperasi dari hari Isnin keJumaat.
Dan waktu nak tenguk ruang itu pun terhad
kepada pukul 9 pagi hingga 5 petang, kadang
kala dilanjutkan kepukul 6.
TETAPI jika korang buat jual rumah dan
sewa rumah, viewing biasanya dibuat pada
sebelah petang dan malam, pada hari minggu
dan semasa cuti awam ... sememangnya
abnormal hours indeed !!
TAK PAYAH JALAN JAUH
=======================
Bila seorang ejen fokus kepada office space
disesuatu kawasan sahaja ... contohnya sekitar
KLCC .... maka korang hanya perlu cadangkan
beberapa buah menara pejabat berdekatan KLCC
sahaja ... dan ini terpulang kepada budget klien
samada RM3.50 psf ... RM4.00 psf... RM5psf...
ataupun selebihnya.
Pada amnya, selepas tenguk satu bangunan itu,
korang hanya perlu jalan kaki ( walk across )
kebangunan yang seterusnya.
Senang jer .... jimat petrol dan parking !!
Zaman dulu saya pun pernah buat ruang pejabat
yang terdapat disekitar KLCC .... dan saya sering
berkunjung kebangunan dan menara tinggi
seperti Ilham Tower, Menara Citibank, Menara
Tan & Tan, Wisma MCA, Menara Maxis,
Petronas Twin Towers, Wisma Selangor Dredging,
Menara Chan, Wisma Angkasaraya, Menara TA,
Menara Prestige, Etiqa Towers, UOA, Menara
Hong Leong, Menara Hap Seng, dan banyak lagi
bangunan pejabat disana.
TETAPI bila korang buat perumahan, kena
lari dari Nilai/Bangi diselatan ... ke Rawang
diutara .... ke Puncak Alam dibarat dan U-turn
pula ke Ulu Langat ditimur pula ....
Lecer lah.... Penat betul ni ....
Jadi untuk ejen baru yang baca pos ini,
dan untuk ejen lama yang dah tak larat
nak lari kesini kesana .... fikirlah cadangan
saya untuk jadi ejen ruang pejabat ...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan