Selasa, 26 Oktober 2021

Apa yang International ?

 

Ilmu adalah amat penting dalam perjalanan

seorang REN.


Tanpa ilmu, karier ejen hartanah akan jam

dan terbantut. DAN yang lebih mustahak 

ialah apa yang dipelajari itu adalah Sahih

dan BETUL .....


Apabila saya terbaca pos sebegini,

apa yang terlintas diminda saya ialah

Where DID YOU learn this ....and WHO

teach you this ?



Korang tahu tanah Rizab Melayu hanya boleh

dijual dan dipindahmilik kepada Pembeli Melayu

Dan ini  termaktub dalam  Kanun Tanah Negara

ataupun National Land Code.


SO apa dia istilah Tanah Lot International ?


Perkataan INTERNATIONAL biasa diguna

oleh ejen di negeri Johor dan diPenang, Kedah

dan Perlis.


DAN ia bermaksud tanah yang OPEN,

yang boleh dijual kepada mana-mana Buyer

( tak kira Bangsa, Agama & Negara )


Tetapi ramai yang terkilan dengan pos diatas

sebab ia melibatkan Rizab Melayu ....


JADI can it be SOLD ???


Secara dasarnya, memang TAK BOLEH !!

Tetapi dinegeri utara, terdapat satu kaedah

yang diguna oleh Pemaju yang dipanggil

LAND SWOP .... dimana Tanah Rizab Melayu

ditukar dengan Tanah Biasa di LOKASI LAIN,

dengan Nilai & Keluasan yang lebih tinggi

( biasanya 10% - 20% higher )


Dengan kaedah Swopping ini,

maka Tanah Rizab Melayu boleh dibangunkan

..... tidak jadi terbiar lagi ... !!





Jumaat, 22 Oktober 2021

Ejen Senandung Malam

 

Siang jadi malam

Dan malam jadi siang


Inilah riwayat hidup seorang agen Pro

yang hanya lelap pada pukul 4 pagi

dan tidur 3 jam saja setiap hari


Yang hanya kerja 2 hari seminggu

dan 4 bulan setiap tahun ...



Ini BUKAN cerita dongeng

Ini bukan nak mengarut

Ini bukan nak Rekrut


Ini adalah keunikan & keistimewaan

seorang ejen anai yang tak femes.


Ini adalah pengimbasan kembali

corak hidup agen Pro yang telah 

melalui liku-liku agensi hartanah

selama 28 tahun ...


Tatkala agen lain akan lihat 

langit yang gelap diwaktu malam

Agen yang Pro pula dapat mengecapi 

kecerahan disebalik tabir yang hitam


salam dari'

George Eng

Ejen Senandung Malam

Selasa, 19 Oktober 2021

Susah nak buat Land Deal ?

 

Ramai ejen hartanah TIDAK tahu

dan TIDAK mahu .... buat land deal ....


Ini ialah kerana Transaksi Tanah

memerlukan Ilmu dan Skill pada

tahap yang Tertinggi sekali .


CONTOHnya ialah korang mesti tahu 

perkara-perkara yang berikut seperti

e.g Plot Ratio, P.P.R, Density, zoning, undivided shares, 

trustee, Estate Land Board, limited P.A., KM, DO, ROI,

ROW, IRR, Pelan Akui, JUPEM, GIS, Sismap,  etc etc.



But if you are willing to learn

and KNOWS  how to do it right 

then the payoff is substantial too ....

Memang sangat LUMAYAN ... !!!


I don't know about you

BUT i do rather do a RM100m land deal

than being  stressed & freaked out everyday

....... by grumbling Aunties &  mumbling Uncles

trying to close 50 units of condos at RM2m each ...


.... DIE  standing man ....

Betul tak ???

======================================


======================================



Ahad, 17 Oktober 2021

Mengapa siaran saya Tergendala ?

 

Ramai pembaca dah tertanya-tanya.

Dah lama saya tidak tulis dalam BM

.... kemana saya telah hilang ?


Sebenarnya saya masih ada kongsikan

coretan saya melalui Blog bahasa Inggeris

==>  https://estate-agent-malaysia.blogspot.com


TETAPI siaran dalam Bahasa Malaysia

telah Tergendala sementara waktu ....


Ini ialah kerana terdapat Masalah & Gangguan

Teknikal daripada pihak FB.


Maklumlah saya cuma seorang Blogger.

Dan apa yang saya tulis dan penyebarannya

adalah tertahluk kepada mahakuasa Facebook.


Saya cuba buat yang terbaik.

Akan tetapi apa yang terbaik difikiran saya

BUKAN dianggap terbaik oleh Mark Zuckerbird .



Hasrat seorang Blogger Hartanah tidak selalu

dapat dicapai dan kecapi.


Begitu juga dengan kehidupan ejen hartanah.

Bukan semua deal boleh kelos.

Ada yang tercundang.


Namun demikian, 

saya akan terus berusaha menulis dalam 

bahasa ibunda .... sebab saya tahu ini adalah cara

yang best sekali untuk saya Berinteraksi dan

Upgrade tahap perjalanan agensi hartanah korang.


Sekian.

Harap Maklum.



Khamis, 7 Oktober 2021

Jangan malu dan segan

 


Sejak kebelakangan ini,  saya tidak faham

apa yang terlintas diminda ejen hartanah

zaman kini .


Setiap kali saya buka FB, 

tertonjol pula carta-carta TOP & MELETOP

yang memaparkan gambar ejen-ejen 

Hensem dan Cun yang telah meraih 

Top Achiever, Top Producer, Top Performer


YANG ANEH & PELIK sekali

ialah mereka telah Padamkan & Blanko

jumlah yang telah diAchieve/diProduce itu !!



Hello brader dan sista,

korang dan achieve dan produce yang

tertinggi untuk bulan yang lepas.


APA PASAL nak malu ?

APA PASAL nak segan-segan ?

APA PASAL nak main sorok-sorok ?


Be Proud of your achievements !!

You have taken the 1st Step

to show your Handsome face 

yang memang tiada jerawat .....


You have taken the 1st Step

to show your Cun-Melecun face

yang lebih lawa melepak dari Nilofar 


SO please be bold .... be confident 

Unleash the Power in YOU

And show what you have got !!


It will then help you to

overcome your Psychological Barrier

.... serta melepasi Mental Blok korang

dan menjadi ejen yang lebih unggul ...


JANGAN dikongkong & dihimpit

oleh Mindset yang terlalu sepit

sehingga setiap hari rasa serba

kekurangan dan very shy.


Jadi next month,

jangan malu dan segan lagi ya ....

Sabtu, 2 Oktober 2021

FB Live yang i tak minat

 

Semalam saya dibelenggu lagi oleh seorang

Team Leader yang telah masukkan saya 

kedalam tontonan FB Live .... yang buat

promosi 2-storey shoplot.....




Hakikatnya ialah saya tidak langsung berminat

untuk menonton pelancaran atau promosi jualan

projek baru Residentail, Commercial, Industrial

serta apa-apa hybrid projek.


Setelah 36 tahun dalam bidang hartanah

( saya telah graduate pada tahun 1985 ),

saya memang NOT interested lagi pada

benda-benda ini


Mungkin ia adalah exciting kepada ejen baru,

newbies dan BBNU .....


TETAPI yang buat saya berang semalam ialah

Team Leader ini dah beberapa kali selitkan saya

kedalam FB Live yang sedemikian.


DAN walaupun saya telah tegur beliau dan

pesan JANGAN ADD saya kepada siaran Live

macam ini .... beliau engkar.....


So i have no choice but to UN-Friend dia,

dan terus BLOCK dia kat Facebook ...





Jumaat, 1 Oktober 2021

Rohani dan Jasmani adalah penting

 

Hari ini fikiran saya bercelaru

Sudah 3 bulan minda saya terganggu.


Sering tertanya-tanya ....

Am i doing the right thing ?


Ceritanya macam ini ...

Lebih satu-setengah tahun yang lalu,

seorang ejen yang berpengalaman 7 tahun

telah menyertai kelas 2 hari LAND DEALS .


Oleh kerana minat beliau dan juga

kepincingan beliau untuk menambahkan

lagi ILMU KELOS DEAL TANAH ...

maka beliau pun diberi peluang untuk

menyertai kelas susulan khas iaitu 

2 days MASTERMIND CLASS.


Beberapa bulan kemudian diikuti pula oleh

1 day ENBLOC DEALS CLASS ....



Dengan ilmu canggih yang diperlajari,

serta kegigihan beliau untuk laksanakan

apa yang diajar .... maka pada bulan Jun ini,

beliau telah berjaya close deal RM82 JUTA 

diPetaling Jaya.


Dengan yuran kelas yang kecil,

dia telah meraih komisyen RM1.8M pula !!


SEBELUM kelos deal, banyak soalan telah

ditanya beliau ... tetapi setelah deal signed,

beliau terus abaikan saya ....


Perangai sedemikian memang membuat

saya naik berang .... dan ragu tentang

keikhlasan beliau.


MAKA saya pun keluarkan dia daripada

Group exklusif kami sebagai Pengajaran

yang tiada Ternilai nya ....


Sudah 3 bulan, beliau terpaksa berseorangan

diluar tanpa bimbingan ... seperti anak yatim.


Banyak kali beliau telah teks saya untuk

diberi peluang untuk masuk semula kedalam

group saya ... KEKHILAFAN kata beliau ...


PENDIRIAN saya adalah 

No matter how high up you are

No matter how much money you make

Its useless ... if you dont have HUMAN VALUES

and have NO RESPECT for others 


Saya bukan saja bimbing korang buat duit

Tapi juga nak anak murid yang berwibawa

dari segi Rohani dan Jasmani .


Nilai-nilai murni 

yang terpendam dihati ejen hartanah

adalah lebih berharga daripada wang

komisyen yang berjutaan ....


TO err is human

TO forgive is divine


As he has learnt his lesson

saya akan masukkan beliau semula

kedalam group 888 AROWANA ...