Ahad, 21 November 2021

Hikayat seorang Wira Zaman Dulu

 

BERAPA BANYAK WANG YANG 

KITA PERLU DALAM KEHIDUPAN ?


Pada suatu ketika dulu, 

seorang Maharaja telah bertitah 

kepada Panglimanya .... jikalau beliau 

boleh menunggang kudanya dan merentas 

sebanyak kawasan yang dia boleh jajah,

maka Maharaja akan memberi tanah itu kepada dia.





Maka panglima itu pun menunggang kuda 

dengan sederas-derasnya. Apabila beliau 

lapar dan letih, dia tidak berhenti kerana 

nak meluaskan tanah jajahan dia.


Ini berterusan sehingga tanah milik 

dia terlalu luas, dan dia berasa letih-lesu 

.... dan dianjung kematian 


MAKA dia pun tertanya diri sendiri

"mengapa saya bermati-matian untuk 

menakluk tanah yang luas ini ... 

sedangkan saya sedang mati dan hanya

perlu sebidang tanah yang kecil sahaja 

untuk dikuburkan"



INI ADALAH SAMA DENGAN 

PERJALANAN HIDUP KITA  ....


Setiap hari kita bertungkus-lumus cari wang,

untuk dapat kuasa dan tonjol barang mahal 

.... untuk melebihi ejen-ejen yang lain ...

dari segi Rolex, BMW, Merz, Mustang, Posh,

dan pengiktirafan kuncu-kuncu Fesbuk ....


Kita abaikan kesihatan kita, 

daan masa dengan keluarga kita,

keindahan suasana dikeliling kita serta hobi kita.


Satu hari nanti .... 

apabila kita menoleh kebelakang,

kita akan sedar yang kita sememangnya 

TIDAK PERLU sebegitu banyak 


TETAPI kita tak boleh berputar balik masa

untuk perolehi apa yang kita telah TERLEPAS


Sekali lagi .... 

berapa banyak yang kita perlu dalam kehidupan ?


Rabu, 17 November 2021

Petua dari Ejen Veteran

 

Sebagai agen hartanah kita mesti

mempunyai amalan hidup yang baik.


Jangan terpesong oleh nafsu buruk

Dan jangan terkongkong oleh ketamakan

untuk menjadi jutawan esok hari ....


Everything happens .... for a Reason.

Terutama sekali dalam kegawatan ekonomi

& kesengsaraan Covid yang tidak menentu ini.


Buatlah yang terbaik 

demi diri ... keluarga ... rakan dan insan sejagat !!



*TANDA-TANDA HATI KOTOR*

=========================

1. _Gelisah walaupun tiada masalah._

2. _Selalu berbangga dengan diri sendiri._

3. _Angkuh &  pandang hina agen lain

4. _Tidak amanah, mark-up dan mungkir janji._

5. _Selalu mengintai keaiban orang dan sebarkannya._

6. _Suka mengumpat dan membuka aib orang lain._

7. _Gembira melihat orang lain susah & teraniaya._

8. _Lidah yang tajam yang tidak menjaga hati orang._

9. _Suka menyakiti hati orang dengan sindiran._

10. _Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang_

11. _Menyampaikan ilmu dengan riak yang tak sahih

12. _Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain._

13. _Berpakaian elok untuk dipuji & menunjuk-nunjuk._

14. _Derhaka kepada Bos & Team Leader_

15. _Talam dua muka (manis di depan tapi jahat di belakang)_

16. _Suka menjatuhkan dan memijak agen lain

17. _Tamak haloba & tak nak share

18. _Merasa diri terlalu BEST, Mantap. Padu, Terbaik

19. _Berpura-pura dan suka membodek._

20. _Penting diri dalam semua hal

21. _Mudah bersangka buruk terhadap orang._

22. _Membesar besarkan hal yang remeh temeh._

23. _Suka bergosip dan menabur fitnah._

24.  Menular fake news & cerita palsu

25.  Mendendam 24/7 tak henti-henti


Semoga petua-petua diatas akan dapat

menentukan hala tuju korang ....

( SILA SHARE kepada member anda !! )




Rabu, 10 November 2021

Social Media dibanteraskan ?

 

Akhirnya LPPEH bersuara .... !!


Walaupun perkataan Principals dieja salah

sebagai Principles ....namun halatuju Lembaga

memang harus dipuji demi menandingi tahap

Agensi Hartanah yang semakin merosot .






Kesan yang paling ketara daripada surat cinta ini

ialah Sosial Media Marketing korang telahpun

diPanadolkan ....


Gone are the days when you can 

---  simply post your properties 

---  freely do your property FB Live

---  tonjolkan bontot Tik Tok dishowroom

---  introkan rumah melalui video Fesbuk


YOU CAN STILL POST in SocMed

TAPI korang mesti masukkan details

REN No, Co No, address, etc


TAK BOLEH menyamar lagi

TAK BOLEH kasi hentam macam dulu

 

Dan jika korang ada FB Page & Blog 

yang memasarkan Properties .... korang 

juga diwajibkan include the Details ....


Masalahnya ialah jika buat FB Live,

macam mana nak selitkan Details itu ?


Biasanya korang perlu buat recording dulu,

then masukkan  kedalam App untuk buat

Editing dan Text Overlay .


Tapi untuk FB Live .... ini tidak mungkin .

My suggestion is during Intro, you kata

you dari Agensi mana, your REN no,

dan Tel No & Alamat Company.


THEN you zoom in to show your

REN Tag and your Agensi Namecard,

sebagai bukti yang engkau bukan geng

Boko Haram Afrika .


Isu-isu semasa yang diwawarkan LPPEH

ini dan berlarutan kian lama ( banyak lagi 

isu yang BELUM  dibangkitkan )...oleh sebab

surat ini masih PANAS, maka sehingga sini

sahaja yang saya nak ulas ... simpan isu sensitif

untuk lain hari menyemai hujan tengkujuh ....

===============================

Sila guna Mobile Phone untuk KLIK :

==>>   Voucher SHOPEE  RM1,500

==>>   Voucher  ADIDAS  RM1,000

===============================










---  

Khamis, 4 November 2021

Ejen yang sentiasa dianiaya ....

 

Sejak kebelakangan ini, ramai agen Melayu

tertanya-tanya   ---  Siapakah George Eng ?


Siapakah si Luncai ni ... yang sering tulis

dalam BM ... yang asyik merungut, membebel

dan mengeletar ... dengan pos-posnya yang

sentiasa menggegarkan Team Leader,

sedangkan ramai yang bersusah payah 

nak cari rezeki bercucuk tanam ....


Cool brudder and sista ....Rileks la...!!



Hakikatnya saya ni orang Biasa 

( pak Indon panggil Bisa ... ).


Saya ni seorang agen Kecil-kecilan je.

Takde cawangan.... Takde negotiator.

SOLO sahaja.


Takde Rolex.

Takde BMW, Merz, Mustang

Takde piala MIEA, iProperty, StarProperty.

Semua pun Zero ... HABUK pun takde.


I am the Bos.

I am the REN.

I am the secretary.

I am the Typist & Tea Lady.

Selalu jadi Office Boy jugak.


Korang nasib baik ...semua pun ada.

Office best .... macam Google punya

Training pun terror. Team building ada,

Opis support & admin pun tercanggih.

TAPI masih nak komplain lagi ....


Susah nak jadi 1-man Show tau ?


Dah lebih 25 tahun saya beroperasi 

sebagai agen terkecil ditanahair ini ...


Dah banyak kali saya dimaki hamun,

dipandang rendah .... ditindas oleh

agen-agen dari Big-time Agencies !!


You small-time agent ah ?

We don't want to know you 

We dont want to deal with you ....


ITULAH  realiti dalam business hartanah.

Tapi jika korang sentiasa baca pos saya

Korang akan tahu saya ni tak give up.

Big Boy ... i will fight you all the way !!


Harap coretan saya

serta pengalaman yang pahitmanis 

dalam perjalanan menjadi agen hartanah

akan dapat memberi pedoman & inspirasi

kepada kamu semua ....


Sekian  

HAPPI DIWALI !!


Salam dari'

George Eng

Agen teraniaya dizaman silam

( dan masih dianiaya hari ini )