Khamis, 4 November 2021

Ejen yang sentiasa dianiaya ....

 

Sejak kebelakangan ini, ramai agen Melayu

tertanya-tanya   ---  Siapakah George Eng ?


Siapakah si Luncai ni ... yang sering tulis

dalam BM ... yang asyik merungut, membebel

dan mengeletar ... dengan pos-posnya yang

sentiasa menggegarkan Team Leader,

sedangkan ramai yang bersusah payah 

nak cari rezeki bercucuk tanam ....


Cool brudder and sista ....Rileks la...!!



Hakikatnya saya ni orang Biasa 

( pak Indon panggil Bisa ... ).


Saya ni seorang agen Kecil-kecilan je.

Takde cawangan.... Takde negotiator.

SOLO sahaja.


Takde Rolex.

Takde BMW, Merz, Mustang

Takde piala MIEA, iProperty, StarProperty.

Semua pun Zero ... HABUK pun takde.


I am the Bos.

I am the REN.

I am the secretary.

I am the Typist & Tea Lady.

Selalu jadi Office Boy jugak.


Korang nasib baik ...semua pun ada.

Office best .... macam Google punya

Training pun terror. Team building ada,

Opis support & admin pun tercanggih.

TAPI masih nak komplain lagi ....


Susah nak jadi 1-man Show tau ?


Dah lebih 25 tahun saya beroperasi 

sebagai agen terkecil ditanahair ini ...


Dah banyak kali saya dimaki hamun,

dipandang rendah .... ditindas oleh

agen-agen dari Big-time Agencies !!


You small-time agent ah ?

We don't want to know you 

We dont want to deal with you ....


ITULAH  realiti dalam business hartanah.

Tapi jika korang sentiasa baca pos saya

Korang akan tahu saya ni tak give up.

Big Boy ... i will fight you all the way !!


Harap coretan saya

serta pengalaman yang pahitmanis 

dalam perjalanan menjadi agen hartanah

akan dapat memberi pedoman & inspirasi

kepada kamu semua ....


Sekian  

HAPPI DIWALI !!


Salam dari'

George Eng

Agen teraniaya dizaman silam

( dan masih dianiaya hari ini )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan