Mobile apps merupakan alat yang sangat
memudahkan kerja-kerja seorang ejen hartanah.
Ramai property agent masakini pasti ada banyak
jenis app yang telah dimuat turun kedalam fon
bimbit mereka.
Tetapi kebanyakkan ejen cuma pakai app yang
berkenaan dengan ambil video atau gambar saja
yang ada fungsi editing yang canggih.
Untuk post kali ini, saya akan cadangkan 10 App
yang berguna yang harus digunakan oleh seorang
ejen hartanah, dan app ini boleh korang download
dari Play Store.
HAPPY INSPECTOR
=====================
App ini sesuai untuk buat viewing dan inspection,
dimana gambar dan maklumat hartanah itu dapat
diselitkan kedalam laporan dengan serta merta.
Maka dengan app ini, segala yang dirakamkan
semasa viewing boleh dikemaskini in real-time.
MAGIC PLAN
================
App ini amat berguna untuk ejen yang fokus pada
rumah dan kondo, sebab ia boleh mengukur serta
melakarkan ciri-ciri sesuatu bilik atau ruang dalam
bangunan itu dalam bentuk 2D dan 3D dan kemudian
menghasilkan satu Floor Plan yang memudahkan
pemasaran hartanah itu.
VIDEOLICIOUS
===================
Selepas ambil gambar semasa buat inspection,
maka langkah seterusnya ialah membuat video.
Dan app ini memang berfungsi untuk membantu
anda membuat video yang memudahkan marketing.
INSHOT
============
App ini memang sangat popular dikalangan pengguna
fon bimbit kerana ia mempunyai banyak ciri-ciri
untuk buat editing dengan berbagai special effects !!
Sebelum app ini diterbitkan, ramai yang gunakan
Viva Video. Tetapi lama kelamaan, InShot pula lebih
disukai ramai.
Saya suka guna Inshot apabila membuat video Tik Tok.
Memang cepat sekali ....
UNIT CONVERTER
======================
App ini sesuai untuk mengirakan angka baru
apabila hendak membuat conversion seperti
luas, jarak, ketinggian, dan sebagainya.
CAM SCANNER
===================
Ini juga app yang popular yang selalu digunakan
oleh ejen hartanah.
Bila kita gunakan camera handphone, gambar itu
akan dimasukkan dalam Gallery atau Album fon.
Tetapi dengan scanner ini, ia akan terus dijadikan
PDF File dengan senang sekali.
QR & BARCODE SCANNER
===========================
App ini sesuai untuk scan QR Code dan Barcode.
Sebagai ejen hartanah, kadang kala ada terjumpa
website yang kita malas nak search.
Maka dengan app ini, kita boleh terus masuk
kedalam laman web itu tanpa ragu-ragu.
PCMY
=============
App ini jarang digunakan oleh ejen.
Mungkin sebab ramai yang tidak tahu tentang app ini.
Tetapi app ini memang mantap dan padu sekali
kerana ia merangkumi Loan Calculator, RPGT
atau Real Property Gains Tax, ROI atau Return
on Investment, dan pengiraan Valuation Fee,
Legal Fee dan Stamp Duty, serta banyak lagi.
EASYLAW
=============
App ini juga bagus sebab features yang ada
seakan sama dengan apa yang ada dalam PCMY.
Walaupun ciri-cirinya tidak sebanyak app PCMY,
namun app ini sentiasa ada update yang baru.
DOCUSIGN
=============
App ini semakin popular sejak setahun yang lalu
kerana pandemic lockdown ini telah memudaratkan
pergerakan fisikal ejen hartanah.
App ini membolehkan pembeli, pemilik dan penyewa
tandatangan kontrak itu secara online tanpa berjumpa !!
Banyak agensi hartanah yang besar telahpun guna
app Docusign ini.
===============================
Jika korang ada guna App yang lain selain daripada
yang dipaparkan diatas, sila namakan App itu pada
ruang Komen dibawah.
DAN kalau post ini berfaedah untuk Team anda,
sila ingat buat Sharing ....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan