Selasa, 20 Julai 2021

Sempena Hari Raya Aidil Adha

Sempena Hari Raya Aidil Adha yang mulia ini,

saya telah membuat satu video khas dengan

Videon Creation Software yang saya telah beli

sejak 4 tahun yang lalu.


Ini ialah video ringkas itu




Sebenarnya saya hendak mengambil cuti 

dan tidak menulis apa-apa untuk hari ini.


Tetapi maklumlah, once a Blogger

.... always a Blogger ....


Jadi saya pun terasa sedikit terkekok

apabila saya tidak tulis sesuatu.


Sebelum saya menulis, adalah menjadi S.O.P

saya untuk ujudkan satu tema atau topik

terdahulu.


DAN berlandaskan itu .... maka inspirasi akan

timbul yang akan melicinkan penulisan cerita

saya untuk korang baca.


Tetapi untuk kali ini, saya memang tidak ada

apa-apa tema untuk dirujukkan. Sebab saya

langsung tidak ada niat untuk blogging hari ini.

Pendekkata, coretan hari ini aalah berdasarkan 

prinsip " Free Flow of Words ".


Apa yang terlintas difikiran saya buat masa ini

akan dijelmakan sebagai ayat dan perkataan

untuk tatapan umum.


Dari minda dikepala diatas, ia akan disalurkan

kepada tangan dan jari saya untuk ditaipkan.


Kebanyakkan orang yang cuba menulis akan

mengalami apa yang dipanggil " Writer's Block ".

dimana tiba-tiba ilham dan inspirasi mereka

tersekat .... dan kadang-kadang ini akan 

berlarutan selama beberapa hari dan minggu

sebelum mereka dapat menulis semula ....

macam terancat akal ....


TETAPI untuk saya, perkara ini memang jarang

berlaku sebab sejak dibangku sekolah menengah

dahulu, saya telahpun berminat dalam bidang

penulisan dan telah mengarang ratusan pantun,

anecdotes, short-stories, news articles dan 

sebagainya yang diterbitkan dimajalah dan

suratkhabar tempatan.


Malah saya juga mempunyai Weekly Column

saya yang tersendiri, dan pernah bekerja sebagai

Sub-Editor dan Freelance Writer.


Writing is in my Blood.

Once a Writer .... always a Writer.

And once a Blogger .... always a Blogger.


I bagi korang satu tip ....  

writing is a good way to release Stress.

Pada masa pandemik ini, memang ramai orang

yang dah tertekan dan terhimpit.


Dan menulis adalah satu ubat yang mujarab

untuk mengeluarkan keluhan dan rintihan anda .

Tak percaya ? 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan