Khamis, 15 Julai 2021

Bandar Malaysia ditamatkan lagi

Bandar Malaysia ditamatkan lagi ?

Inilah berita hartanah yang menarik semalam !!


Sungguh dramatik sekali kerana projek gergasi 

yang mempunyai RM140 Billion GDV ( Gross

Development Value ) ini pernah ditamatkan 

pada bulan Mei 2017.


Dan pada bulan April 2019, projek yang dikatakan

National Project ini disambungkan semula, dengan

syarat-syarat baru termasuk pembinaan 10,000

unit " affordable homes ".








TAPI semalam saya baca berita yang kedua pihak

--- Kementerian Kewangan dan IWH CREC Sdn Bhd,

telah bersetuju untuk tamatkan projek ini dan 

RM1.54 Billion yang telah dibayar kepada Ministry

of Finance akan dikembalikan kepada pemaju....


IWH-CREC ialah 50:50 kerjasama diantara

Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan

China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd,

anak syarikat gergasi  China Railway Group Ltd.


Bandar Malaysia adalah seluas 485 ekar, dan adalah

tapak lama pengkalen Tentera Udara Malaysia dan

dipanggil Sg. Besi TUDM Airport.


Setelah projek ini diumumkan, maka aset dan

fasiliti Royal Malaysian Air Force disitu pun 

dipindahkan ketapak baru diBandar Baru Sendayan

dekat Seremban 2.






Antara ciri-ciri unik Bandar Malaysia ialah HSR

( High Speed Rail ) keSingapura, dan pembentukan

" world's largest underground city " dengan TOD

( Transit Oriented Development )


Bandar Malaysia juga akan diiktirafkan dengan

GBI ( Green Building Index ) Platinum Township 

( an environmental rating system by the 

Pertubuhan Arkitek Malaysia dan ACEM 

( Association of Consulting Engineers Malaysia ).


Projek ini juga berlandaskan CPTED 

(Crime Prevention Through Environmental Design).


Malangnya, HSR itu telah ditamatkan pada

Januari 2021 kerana tidak ada kata sepakat antara

kerajaan Malaysia dan Singapura.


Dan berita semalam telah menghaibkan segalanya.

Alangkah baiknya jika Bandar Malaysia dapat

dibangunkan dan menjadi satu World Class City 

yang boleh membanggakan rakyat Kuala Lumpur

serta menaikkan Malaysia kepersada antarabangsa ?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan