Jangan berlagak macam Burung Gagak ....
Live simply ... always Conserve and Preserve
Ini adalah pengajaran yang begitu jitu sekali
yang telah diberkati kepada saya daripada
mendiang Tan Sri Dato Dr. T.K. Wen ....
Pesanan itu amat berkesan dan bermakna,
Sehingga kehari ini .... saya tidak ada Rolex,
BMW, Audi, Mercedes, Porsche, Bentley, etc.
( berbanding dengan Team Leader masakini
yang asyik berlakun dan berlagak demi nak
rekrut jasad muda ).
Tan Sri adalah Mentor Hartanah Pertama saya .
Dan beliau juga merupakan Executive Chairman
Selangor Properties Berhad yang pada zaman
dulu telah membangungkan 4,000 ekar tanah
pokok getah yang dibeli dari SOCFIN Plantations
yang sekarang digelar Bukit Damansara ....
(termasuk sekitar Pusat Bandar Damansara
termasuk Pavilion Damansara Heights dan
Damansara City )
Waktu itu saya hanya berumur 29 tahun.
Dan bekerja sebagai pegawai hartanah
dengan tugas-tugas yang merangkumi
Marketing ... Business Development ....
Project Development ... dan sebagainya.
Walaupun disenaraikan diBursa Saham Malaysia
pada ketika itu, namun demikian syarikat itu
beroperasi sebagai " skeleton staff " dengan
lebih kurang 25 kakitangan sahaja kerana
cara Tan Sri adalah ... to keep it lean and simple
.... maka banyak operasi harian di outsource
kepada pihak lain .
Apa yang ketara ialah berapa bertuahnya saya
.... yang berusia begitu muda ... diberi peluang
untuk berlajar daripada kedua-dua Tan Sri dan
Puan Sri ... yang merupakan among the Top 20
Billonaires in Malaysia !!
Bila saya join syarikat itu, saya terpaksa lapur
kepada Pengurus Besar yang seterusnya akan
salurkan kerja saya kepada Tan Sri pula.
Oleh kerana GM itu sentiasa busy dengan
kerja akaun dia, maka Tan Sri pun arah saya
" George ... since you work so fast, you can
now report direct to me instead ... ".
Bos selalunya nak segala tugas dipersegerakan
tanpa melalui lapisan birokrasi dan red tape.
Dan ia akan melambatkan sekiranya saya
dikehendaki go through the General Manager.
OLEH itu ....
saya berpeluang mendampingi Tan Sri dan Puan Sri
dan berlajar dari mereka yang betul-betul TOP !!
Ilmu yang berharga bukan senang diperolehi.
Live simply ... alway CONSERVE AND PRESERVE.
Apa pesanan ini ?
LIVE SIMPLY bermakna hidup secara sederhana.
Be happy & contented with what you already have.
Jangan tamak ... jangan nak rebut kesemuanya.
You cannot take everything with you when you die.
CONSERVE AND PRESERVE pula bermaksud
jangan membazir wang anda keatas benda-benda
yang akan Susut-Nilai ... seperti kereta mewah itu,
dan selalu ingatkan cara untuk cut costs.
Hanya beli yang praktikal dan bukan untuk berlagak.
Contohnya apabila banker datang untuk meraih
business dari Tan Sri ... selalunya banker itu akan
pakai suit yang mahal, kasut yang berkilat, dan
jam tangan yang berharga ratusan ribu ringgit.
( Audemars Piguet, A. Lange & Sohne, Rolex,
Patek Philippe, Blancpain, Jaeger-LeCoultre,
Ulysse Nardin, Chopard, IWC Schaffhausen,
Vacheron Constantin )
TAPI jam tangan Billionaire Tan Sri cuma jenama
Casio yang berharga lebih kurang RM200 saja !!
Both watches .... the Casio and the luxury one,
can also tell the same time ... kata Tan Sri .
Sampai kehari ini, jam tangan saya selalunya
murah-murah belaka yang saya claim daripada
Gift Points dari Citibank, UOB dan Maybank.
MALU saya nak tunjukkan kat korang ....
Dah terserap ajaran Tan Sri kenaluri saya !!




Tiada ulasan:
Catat Ulasan