Sabtu, 17 Julai 2021

Mengapa ejen hartanah harus buat Video Marketing

 " Video is the FUTURE of Marketing "


Ini adalah tajuk satu seminar yang dikendalikan

oleh seorang pakar pemasaran antarabangsa

tahun lepas.


Ilham untuk coretan saya kali datang dari seorang

pembaca yang tanya saya Mengapa saya tulis blog

dan bukannya buat video ?




Menurut pembaca ini, orang muda sekarang MALAS 

nak baca .....  dan suka tengok video sahaja.


Saya memang setuju dengan pendapat beliau.!!


Mengikut  carian online saya, 

" Hubspot found that 78% of people watch videos 

every week, while 54% watch videos every day.

Google’s research shows that 6 out of 10 people 

would rather watch online videos than television.

YouTube states that its users view more than 

1 billion hours of video each day on the platform.

To meet this growing demand, Facebook, Instagram, 

Twitter, and LinkedIn have all become ‘video first’ 

and created new video-friendly placements like 

‘live’ broadcasting, and ‘stories’. At the same time, 

the popularity of video-based platforms like Tik Tok 

have exploded "


Mengapa ejen hartanah perlu buat Video Marketing ?


Jawapannya ialah kerana video adalah sesuatu yang

interaktif .... engaging ... addictive .... sebab video

melibatkan pergerakan secara visual.


Tambah lagi dengan muzik, suara voice-over serta

animasi yang sesuai ....  video boleh menarik perhatian

orangramai kepada produk, perkhidmatan dan juga

hartanah yang ejen itu nak jual atau sewakan.





Masalahnya ialah ramai ejen hartanah hanya

menggunakan telefon bimbit mereka untuk

rekodkan video itu.



Ini menyebabkan video mereka itu kurang elok

kerana terdapat banyak gegaran kerana tangan

mereka tidak stabil. Video yang dihasilkan itu

bergoyang dan bergolek macam tarian rongeng !!



Untuk mengatasi masalah ini,  property agent 

pun gunakan 3-Axis Handheld Gimbal Stabilizer 

untuk diselitkan telefon bimbit mereka.





Walaupun kualiti video yang dibuat itu ada

peningkatan kualiti, tetapi ia masih mengalami

gegaran apabila ejen hartanah itu nak berjalan

secara pantas atau nak berlari dan melompat.



Dan masalah ini saya berjaya atasi dengan

menggunakan alat video recorder yang berharga

lebih kurang RM1,500.00  .... saya lari berjogging

pun no problem ....memang stable video recording !!



Korang boleh tonton video saya ini 






Walau apa pun, ejen hartanah mesti tahu apa jenis

video yang nak dibuat kerana terdapat 10 jenis

video yang mempunyai matlamat berlainan.



Mengikut research saya, jenis itu ialah, 



1. The spot video ( short video trailer )

2. The explainer video

3. The product demonstration video

4. The company culture video

5. The behind-the-scenes video

6. The customer testimonial video

7. The employee portrait video

8. The web series video

9. The branded mini-documentary 

10. The branded short film



Maka jika korang ada tujuan rekording yang betul

serta alat video recorder yang canggih, memang 

berbaloi jika membuat video untuk tujuan marketing.



TAPI untuk saya, video marketing bukan sesuatu

yang saya suka kerana ia melibatkan masa yang

panjang untuk menyunting dan edit video itu.

( kena ada Video Editing Software )



TAMBAH lagi muka saya tak handsome macam

celebrity Wak Doyok ....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan