Mengapa ramai ejen Melayu kurang Pawerr ?
MAAF ... jika ada yang rasa tersinggung
dengan kenyataan ini
Dah lama saya nak tulis apa yang telah lama
terpendam dalam hati saya --- iaitu gejala
KETIDAKSEIMBANGAAN --- dalam pencapaian
agen hartanah Melayu dan non-Malay agents.
TETAPI saya rasa kurang senang nak tulis
sebab ia adalah satu topik yang sensitif dan
tentu akan mencetuskan Kontroversi dan
menganggu silaturrahim diantara kaum-kaum
disini.
Semalam saya ternampak Profil Facebook
sista Nur yang tertera perkataan ini
Real Estate ... Real Life ... Real People
Maka ia mendorong saya untuk mengeluarkan
rintihan hati saya selama ini dan menulis pos
ini untuk tatapan umum ....
I tak rasis ...I'm a REAL real estate agent
I tulis apa yang Benar ... yang REALiti ...
Tulisan saya adalah dari Keikhlasan hati
seorang pendekar agensi hartanah yang
REAListik ....yang telah mengharungi segala
rintangan dan kepahitan selama 28 tahun.
To be a REAL real estate agent,
we need to be REAL in everything that we do.
Sudah berapa tahun agensi hartanah negara
ini telah berlalu .... BUT ask yourself ....
HOW many M.I.E.A Million Dollar Award winners
are Malay agents ?
Berapa ejen hartanah Melayu yang berjaya
menggondol piala Million Dollar Award dari
Malaysian Institute of Estate Agents ?
... tentu Hang & Jang boleh kira dengan jari kan ?
SO that brings us to today's topic ---
Mengapa ramai ejen Melayu KURANG Pawerr ?
Analisa saya menunjukkan terdapat 3 faktur utama
yang mencetuskan kebuntuan ini :
JENIS HARTANAH
==================
Bila saya skroll kat Facebook, apa yang saya
selalu nampak ialah perkataan macam ini
... Jual Rumah ...Beli Rumah ... Sewa Rumah ...
Tak percaya ?
HELLO brader & sista !!
Malaysia tak ada jenis hartanah yang lain ke ?
Malaysia tak ada rumahkedai, kedai pejabat,
retail lot, fast-food drive-in, stesyen minyak,
bangunan pejabat, kilang, tanah perindustrian,
shopping mall, tanah pembangunan, dan
lain-lain lagi ?
Negara ini tidak ada HIGH-VALUE properties ?
Hartanah yang bernilai tinggi, high-end dan
big ticket mencecah Jutaan Ringgit ?
Jual rumah & sewa rumah .... berapa komisyen
yang korang dapat ?
Sad to say this .... tapi sampai tua pun tak
boleh masuk Hall of Fame MIEA ...
LOKASI HARTANAH
====================
Ejen hartanah Melayu biasanya tinggal
diluarbandar dan dikawasan kampung.
Maka harga property yang korang handle
pun rendah juga.
Contohnya ialah rumah teres 2- tingkat
diKuala Lumpur dan Petaling Jaya yang
boleh dijual dengan harga RM1.5 Million.
Dan bandingkanlah dengan lokasi seperti
Mambang diAwan kat Perak dimana jenis
hartanah yang serupa hanya ada Market Value
RM380,000 saja.
Jadi produk yang sama .... tapi lokasi lain,
maka pendapatan komisyen korang pun
sikit sahaja !!
Contoh lain ialah tanah 1 ekar sekitar KLCC
yang bernilai RM4,000 sekaki persegi.
Tapi tanah yang sedemikian diSungei Petani
hanya bernilai RM50 sekaki persegi.
Jika nak jadi Million Dollar Commission Producer,
maka kenalah berhijrah ke Kuala Lumpur ....
BUDAYA EJEN
==============
Tidak dapat dinafikan yang kebanyakkan
ejen Melayu dilahirkan atau dibesarkan kat
kampung, atau kawasan pendalaman atau
rancangan FELDA serta Revolusi Hijau.
Mereka tidak didedahkan kepada
pembangunan yang pesat diibu negara.
Orang putih kata --- NOT EXPOSED to the
bright city lights. ( kecuali ejen yang duduk
diibukota )
Corak hidup ejen-ejen ini simple saja.
Ada pun boleh ... takde pun boleh .
Sambil lewa jer .....
Selalu tengok kat Fesbuk .... nampak dia orang
lepak kedai Mamak .... berbincang ... ambil
selfie dan wefie ....
Berjam-jam borak perkara yang remehtemeh
yang tidak akan naik-tambah nilai kepada
bisnes hartanah mereka.
Dalam ertikata lain
.... This is their COMFORT ZONE ....
Mereka tak tahu dan tak mahu keluar dari
zon selesa ... demi kesejahteraan mereka
sendiri.
Dengan mindset yang sedemikian,
maka sentiasa mereka akan jadi seakan
katak-dibawah-tempurung ....
No action ... No progress ....
================================
Video yang saya buat ini boleh jelaskan
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAwesome reviews Sir. Pin point. Full of respect. Keep it up.
BalasPadamTQ for reading
Padamwell said..its true..dont stop your sharing...thanks a lot..
BalasPadamSure will continue sharing. TQ for supporting !!
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam