Ramai daripada kamu telah mengenali saya
dari coretan saya diFacebook.
Hai .... nama saya George Eng.
Sejak 5 tahun yang lalu, hampir setiap hari
saya telah menulis mengenai topik hartanah
dan sosial media dalam FB saya.
Apa yang saya kenalpasti ialah terdapat ramai
kawan Fesbuk yang berbangsa Melayu yang
merupakan Real Estate Negotiator ( REN )
ataupun agen hartanah yang bertauliah.
Tetapi kebanyakkan dari mereka adalah dari
golongan yang sunyi-sepi ( ataupun dalam English
dipanggil " Silent Reader " ).
Gejala ini bangkit sebab mereka tidak fasih dalam
bahasa Inggeris. Oleh kerana mereka kurang faham
ayat-ayat dan perkataan yang saya tulis dalam English,
maka penguasaan Bahasa Inggeris pun terbantut.
Walaupun mereka ada baca apa yang tertulis,
namun demikian ini tidak memadai.
Rintihan hati serta keluhan hati saya tidak dapat
disampaikan dan dikongsikan pada tahap yang
memuaskan.
MAKA saya pun dapat inspirasi untuk membuat
blog ini .... yang ditulis dalam Bahasa Malaysia
untuk memenuhi citarasa rakan-rakan Melayu,
terutama sekali Pembantu Hartanah Melayu.
Saya telah berkecimpung dalam bidang hartanah
sejak tahun 1985 ( dah 36 tahun lamanya ), dimana
8 tahun yang pertama adalah dengan Firma Valuer
dan Pemaju Perumahan, dan 28 tahun kemudian
dalam Agensi Hartanah.
Graduan jurusan Penilaian dan Property Management
dari Universiti Teknologi Malaysia, dimana kelas
mempunyai 55 orang ... cuma 3 orang Cina dan
2 orang Sikh.
MAKA hari ini korang tahu mengapa saya boleh tulis
dalam Bahasa Malaysia dengan begitu jitu sekali !!
Tujuan blog ini ialah untuk menceritakan perjalanan
saya selama ini dalam bidang hartanah diMalaysia,
serta mengkongsikan amanat yang bermanfaat demi
memantapkan lagi kareer korang dibidang agensi
hartanah.
Suka tak ?
Jika ya ... sila klik FOLLOW ....
Ini adalah post pertama saya dalam Blog ini.
Kita jumpa lagi sekejap lagi.






Tiada ulasan:
Catat Ulasan