Mengapa korang nak baca apa yang saya tulis
hari ini ?
Jawapannya ialah ... korang nak jadi JUTAWAN !!
Semua ejen hartanah atau Real Estate Agent
nak jadi Millionaire .... dan ramai pun masih
tak berganjak dari garisan permulaan dan
masih merana .... kais pagi makan pagi
sampai air pun habis dalam perigi
tak tahu mana lagi nak pergi
Ini adalah Realiti seorang REAL real estate agent.
Semua akur kepada arahan Team Leader.
Semua taksub kepada status beliau.
Dia songsang ....you pun songlap
Saya tak nak bincang tentang kesalahan yang
Team Leader buat ( nanti saya diseranghendap
oleh mereka dan terjerumus dalam ugutan
legal action )
Topik hari ini ialah macam mana korang
boleh menjana komisyen SEJUTA RINGGIT
dengan cara yang TERPANTAS .
Yes ... the fastest way to become a
MILLIONAIRE REAL ESTATE AGENT !!
Daripada analisa saya, setiap tahun tentu ada
ejen hartanah yang menggongol Piala-piala
Million Dollar Award dalam kategori Industri.
Mengapa begitu senang ?
Sebab hartanah industri ini kebanyakkan
adalah dalam lingkungan harga yang lebih
daripada RM35 JUTA.
3% komisyen pun dah mencecah RM1 JUTA !!
Hanya satu deal sahaja korang boleh jadi
Ejen Hartanah Jutawan ....
Yang lagi best ialah jika korang baca iklan
Industrial Property diOnline Portal seperti
iProperty, StarProperty, EdgeProperty dan
Mudah .... apa yang ketara ialah ada banyak
hartanah industri yang berharga RM50 Juta,
RM75 Juta, RM100 Juta dan selebihnya.
Hartanah industri ini ada 2 Jenis, iaitu yang
telah ada bangunan Factory atau Warehouse,
DAN tanah industri kosong.
Jika korang nak buat Factory dan Warehouse,
kena ada sedikit otak .... TAK PERLU banyak
guna otak .... sedikit sahaja cukup ....
Korang hanya perlu tahu sedikit mengenai
Land Area, Built-up Area, Eaves Height, Floor Load,
Loading Bays, Dock Levellers, Power Supply,
Gas Supply, dan sebagainya.
DAN jika korang nak buat Tanah Industri Kosong,
ini lagi senang ...TAK PERLU pakai otak langsung !!
Hanya tahu Land Area, Freehold atau Leasehold,
Light Industry/Medium Indsutry/Heavy Industry,
Price per sq ft, dan infrastruktur yang sedia ada.
Tak payah scan otak.
Tak perlu pening otak
Cuma makan Muar otak.
SENANG kan ?
Saya pun pernah close vacant Industrial Land
hampir RM30 Juta ... komisyen pun 3% ...
Apa yang penting sekali ialah korang perlu tahu
dimana nak cari supply of Factory/Warehouse
and Industrial Land.
( jika nak tahu, sila tanya Team Leader engkau,
dan jika mereka tak tahu ... tanyalah Prinsipal ...
jangan kata Bos you sendiri pun tak pernah jumpa )
Hari ini korang dapat satu TIP baru.
Macam mana nak jadi Ejen Hartanah Jutawan
dengan cara yang Terpantas .
Apabila korang gondol Millionaire Agent Award,
always remember ..... belanja saya makan
Nasi Briyani Gam UNTA Arab Menangis ....



Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamDoakan saya bos dpt close deal juta2.... nanti boleh belanja u nasi beriyani gam kerbau pon boleh...
BalasPadamjika gigih fokus, ia akan jadi kenyataan .
BalasPadamsaya belanja wagyu terus bos kalau close 😁
BalasPadamArticle inspirasi!
BalasPadam