Salah satu cara untuk membuat pemasaran
bagi ejen hartanah ialah melalui saluran
Facebook Live.
Property Marketing channel sebegini
memang bagus kerana ia boleh mengujudkan
satu suasana yang Interaktif dimana kedua
pihak , yakni Speaker dan Viewer dapat
berkomunikasi secara " Real Time " dan
tanya serta jawab segala kemusyikilan dan
soalan yang ada.
Sejak lebih setahun yang lalu, banyak agensi
hartanah telah menceburi platform FB LIVE.
Dan dengan suasana Lockdown Pandemik ini,
hampir setiap hari terdapat ejen hartanah yang
buat Live Talk dilaman sosial Facebook.
DAN jika speaker itu hebat dan popular,
memang terdapat ratusan dan ribuan orang
yang tonton.
Tujuan buat FB Live adalah untuk kongsikan
dan MENYEMERAKKAN lagi ejen-ejen
dari agensi itu sendiri ... malah motivate
pendengar ( dari agensi lain ataupun orang
luar ) untuk sertai agensi mereka.
( Subtle Recruiting ).
Terus terang ,,,, saya hanya pernah tonton
FB Live dua kali sahaja .... satu melalui
acara Malaysian Institute of Estate Agents
( sebab nak dapat Mata untuk renew Lesen )
dan satu lagi pada awal permulaan MCO
yang dibuat oleh seorang Property Guru.
( sebab nak tahu cara kendali Live Event )
Yang lain-lain FB Live ...
saya biarkan kerana semua remeh-temeh
dan sesuai untuk Newbie Estate Agents saja !!
Yang buat aku bengang dan geram
ialah apabila Budak Baru Belum Up
digesa oleh Team Leader mereka untuk
cari seberapa ramai hadirin yang boleh
.... demi nak jadikan Live itu FullHouse !!
Pakai otak sikit lah.
You jemput saya buat apa
Saya dah lama dalam bidang ini.
Bila i start ....you masih pakai Pampers.
You masih main Patung dan Masak-masak.
DAN saya buat pos ini sebab baru tadi
seorang Team Leader telah TAG FB saya
untuk mendengar 3-steps to finding the
right property .... for the record, ini kali
ketiga dia TAG saya untuk benda basic
macam ini .
Kepada pembaca blog hartanah ini,
silalah guna budibicara engkau dengan
sebijak-bijaknya dalam mengendalikan
agensi hartanah .
Jangan MATI-kan saya dengan LIVE you !!



Tiada ulasan:
Catat Ulasan