Rabu, 11 Ogos 2021

Jangan jadi Hero sebagai Ejen Hartanah


Cerita hari ini ditujukan khas kepada

ejen hartanah baru .... yang mentah ...

yang masih miang-miang ....dan yang

cuba nak UP dan yang belum lagi UP .


BBNU ( Budak Baru Nak Up ) dan

BBBU ( Budak Baru Belum Up )

selalunya ghairah apabila mendapat

satu listing .... dan terus post yang 

bukan-bukan dilaman sosial TANPA

mengambilkira risiko yang dihadapi 

oleh mereka daripada dikena sailang .


Ya ... kena SAILANG

ataupun dalam Bahasa Inggeris

dipanggil " Listing got Hijacked " !!


Demi menjadi Hero Ejen

Demi mendapat LIKES yang banyak

Dia pun end up with ZERO ....



 



Baru-baru ini saya terserempak dengan 

post daripada Brother Cool Dip yang 

memaparkan Tanah untuk dijual dengan

harga Ratusan Juta Ringgit.


Lokasi tanah ialah dibelakang Gleneagles

Medical Centre diAmpang.


Real Estate Negotiators yang baru 

tentu akan rasa Terpesona dengan

komisyen yang raksaksa !!


TETAPI untuk ejen yang Professional,

senang saja nak Sailang .... kerana lokasi

dan Lot Tanah itu telah didedah sepenuhnya !!


Nasib baik untuk ejen ini

sebab sememangnya listing hartanah ini

was in the Market since 2 years ago .

( benda yang dah basi jangan diusik ... )


Satu lagi contoh Hero nak jadi Zero

ialah satu pos yang dibuat oleh ejen baru

Saudara Jessie Yap ( nama Jessie tapi dia

memang laki-laki ... bukan pompuan )


Dia telah paparkan gambar rumah DAN

Google Map yang tunjukkan lokasi

jalan rumah yang hendak dijual itu.


Apabila you ada Gambar dan Jalan,

senang saja orang boleh Sailang ...


Cuma pakai Google Street View

dah tahu lokasi rumah yang sebenar.

Kemudian masukkan lokasi itu kedalam

2 website RAHSIA FREE ... dan dalam

masa 5 minit sudah boleh dapat Nama

serta Alamat Pemilik rumah itu ....




Senang jer bro

Takde hal punya


Nak KELOS

Atau nak BOLOS

Korang yang tentukan.


Jika tidak

kena makan pisang Kendiri ...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan