Ahad, 15 Ogos 2021

Jangan mark-up Harga Jualan

 

4 tahun yang lalu saya telah membaca

post seorang agen hartanah daripada

satu agensi terkemuka .... dan ia memang

menkecamukkan fikiran saya ...


Saya terkilan dengan catatan sebegini

kerana ia diserap dengan unsur-unsur yang

berat sebelah ... dan tidak beri gambaran

dan huraian yang tepat .






3 perkara yang buat saya tersinggung :


---  ejen Cina ambil fees lebih 3% daripada penjual Melayu

---  bangsa Melayu ni memang tak percaya bangsa sendiri

---  Ejen Melayu kalau buat selalunya rumah lowcost


Wahai ejen hartanah sekalian ....

Mengapa masih lagi yang nak jadi HERO 

dan mencungkilkan isu perkauman ...?


Saya telah bertapak lama dalam agensi hartanah

selama 28 tahun .... banyak yang telah saya alami,

rentangi dan harungi ....mark-up, mark-down, 

up-sell, down-sell, side-sell .....


Percayalah kalau saya katakan disini :


---  BUKAN agen Cina saja yang tamak 

      ( Greed is the evil of Agen yang Alim )

---  Kepercayaan adalah sesuatu yang "Universal"

     ( trust is to be Nurtured )

---  Kesemua jenis hartanah diselubungi oleh isu

      mark-up .... bukan lowcost sahaja


Jika agen itu beriman & berpedoman teguh,

tentulah perkara yang tak senonoh ini tidak 

akan timbul.


Lagipun apabile seorang estate agent itu

mark-up the Sale Price .... maka ia akan

menimbulkan perkara berikut :


1)  Valuer tidak boleh beri Nilai Hartanah itu

2)  Differential Sum yang tak cukup

3)  Prinsipal dan Agensi diheret kemahkamah

4)  Professional Indemnity Insurance tercemar


Oleh itu, saya menyarankan ejen hartanah

supaya jangan menambahkan ( top-up )

harga jualan yang telah diberikan oleh

pemilik hartanah itu. 


Jangan TAMAK !!

Ikutlah mandat yang diberikan kepada anda.

Jadilah seorang ejen hartanah yang BerETIKA.


Dan jika korang baca sampai kesini & rasa 

bercelaru  .... saya berharap anda boleh

tuliskan komen anda untuk tatapan semua.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan