Khamis, 19 Ogos 2021

Nak tanah macam mana ?

 

Lima tahun yang lalu saya telah terima

satu emel daripada seorang ejen hartanah

yang baru berkecimpung dalam bidang ini.


Beliau adalah dari satu agensi hartanah

yang terkemuka.


Emel beliau adalah seperti berikut :




Apabila saya baca emel itu, 

ia memang buat saya bengang !!


MENGAPA ?
Ulasan saya adalah begini :


JENIS TANAH

Tanah ada banyak jenis.


Seperti yang termaktub dalam KTN

Kanun Tanah Negara ataupun dalam

National Land Code, kategori gunaan tanah

ialah Pertanian, Bangunan dan Industri.



Dan jika dikaji dengan lebih mendalam,

ada lebih 35 jenis tanah dinegara ini ....


Jadi apa jenis tanah yang dia nak ?


KELUASAN  TANAH

Tanah mempunyai saiz yang berbeza.

1 ekar ... 10 ekar ...100 ekar ...1,000 ekar,

dan seterusnya.


Dan keluasannya mungkin juga kecil

seperti 10,000 kaki per segi ....

20,000 kaki per segi ... 30,000 sq ft

dan sebagainya.

Jadi berapa besar atau kecil tanah yang nak ?


BAJET UNTUK BELI

Kalau nak beli sesuatu tanah,

mestilah tahu bajet dulu.


Ini mungkin hanya RM150,000.00.

Atau  RM1.5 Juta ... atau RM15 Juta

dan seterusnya.


Jika dah tahu jumlah belanjawan,

maka urusan seorang ejen hartanah

akan dipermudahkan.


TETAPI jika dia kata " No Budget ".

cadangan saya ialah .... Terus Lari ... !!


========================

Beginilah karenah ejen hartanah

yang tidak mendapat latihan yang cukup

daripada Team Leader, District Leader,

Division Leader, Group Sales Manager,

Group Agency Manager, Head of Agency,

Centre Director, dan sebagainya .....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan