Rabu, 18 Ogos 2021

Deal Cancelled .... Apa nak buat ?

 

Pagi tadi saya telah terbaca rungutan

seorang REN ( Real Estate Negotiator )

dimana beliau kata telah menangis sehari

dan semalam .... kerana penjualan rumahnya

telah ditamatkan.


Kononnya pembeli telah memberitahu yang

dia nak tamatkan dan Cancell deal itu ....

walaupun Perjanjian Jual Beli ataupun

Sale & Purchase Agreement telah ditandatangani.


Ini ialah kerana pemilik rumah yang disewakannya

telah setuju untuk jual ... pada harga yang jauh lebih

RENDAH daripada harga rumah yang dia telah

janji nak beli itu .... dan dia nak tamatkan perjanjian

serta ambil balik 10% harga jualan yang telahpun

dibayar itu ....




Sebagai ejen hartanah, ramai yang akan terkena

dengan gejala begini.


Persoalannya ialah ....  BOLEH tak pembeli itu

minta FULL REFUND deposit yang dibayar itu ?


Secara praktis, ramai ejen akan kata jika transaksi

itu ditamatkan, maka 10% Deposit itu akan bakar

ataupun FORFEITED.


DAN ada pula ejen hartanah yang kata dalam 

hal sedemikian .... maka Pembeli itu harus bayar

PAMPASAN DUA KALI kepada Pemilik itu,

yakni 20% compensation !!




Tetapi harus diingat yang ini adalah apa yang

dipratikkan dan dilaksanakan oleh ejen masakini.

Dan ini BUKAN MUKTAMAD  !!


Dari segi undang-undang, apa yang penting

yang akan diambilkira oleh Hakim Mahkamah

ialah apa yang tercatat didalam Borang OTP

( Offer to Purchase ) .


AND this is where the MISTAKE lies

sebab banyak Borang OTP agensi hartanah

hanya kata akan Refund balik jika Loan itu

tak dapat  .... tetapi TIDAK sebut apa yang

akan berlaku jika perjanjian ditamatkan !!


WALAUPUN ia disebutkan dalam SPA itu,

tetapi ia adalah terlalu LEWAT sebab sudah

tandatangan Sale & Purchase itu ....


SO to avoid all doubts,

maybe its advisable to mention this Clause

upfront in the OTP itself ....


Apa pendapat anda ?




Tiada ulasan:

Catat Ulasan