Jumaat, 10 September 2021

Buat duit dengan Hartanah Lelong

 

Lelongan hartanah merupakan satu cara

yang baik untuk ejen hartanah buat duit

dan meraih komisyen lumayan.


Tetapi kebanyakkan ejen hartanah TIDAK

tahu macam mana menceburi bidang lelong

dan tidak berminat untuk menyertainya.


Pada amnya, ejen hanya perlu memberi

nasihat yang setimpal kepada kliennya,

tentang FAEDAH membeli hartanah yang

nak dilelongkan itu.


Kebiasaannya hartanah itu dilelong pada

harga rezab yang memang rendah , dan

komisyen pula dibayar oleh pihak Bank

dan Institusi Kewangan.


Pada tahun 2010, saya telah terima emel

daripada OCBC Bank tentang satu lelong

diMelaka dengan Reserve Price RM15.39M







Maka saya pun dapatkan Perisytihatan Jualan atau

Proclamation of Sale daripada Pelelong itu.


Kemudian saya pun buat sedikit kajiselidik

dan merumuskan Faedah-faedah berikut :


---   Lelong yang Ketiga kali

---   Ia adalah Kilang terbiar dengan Frontage 1,200 kaki




Mengikut analisa saya, Market Value adalah

RM25 Juta dan Reserve Price hanya RM15.39 Juta.


Dan road frontage yang sepanjang  1,200 kaki

memang sangat berbaloi untuk pembinaan 

bangunan komersial jenis retail.


MAKA saya pun propose kepada klien saya

tentang kebaikan hartanah ini ( walaupun geran

masih tertera penggunaan Industri )


Pada hari lelongan, pihak kami adalah

Sole Bidder pada harga rizab itu .... 

dan pihak bank pun bayar 2% Komisyen.




Jika korang adalah daripada Melaka,

dan pernah kekawasan Jalan Bachang,

pasti korang tidak tahu yang lebih 10 tahun

yang lalu .... KIP Mart ini merupakan satu

kilang yang terbiar dan terbengkalai ....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan