Khamis, 9 September 2021

Bumi ini bulat .... boleh pusing punya

 

Susulan kepada pos saya sebelum ini

tentang karenah broker haram dan juga

ejen hartanah dalam menentukan lokasi

sebenar sesuatu tanah itu .... hari ini saya

akan bersambung pula dengan satu lagi

peristiwa yang amat lucu diharungi saya

dizaman dulu.


Lebih kurang 25 tahun yang lalu, 

saya telah pergi ke Air Kuning untuk

lihat satu listing tanah kelapa sawit yang

hendak dijual.




Air Kuning merupakan satu pekan koboi,

iaitu sebuah Cowboy Town yang hanya ada

sebatang jalan utama sahaja, dan dikiri kanan

pula ialah rumahkedai kayu.


Ia terletak berhampiran dengan Gemencheh,

dan lokasinya adalah dipenghujung sempadan

Negeri Sembilan dan Melaka.


Kalau tak silap, oil palm plantation ini

adalah 300 ekar lebih, dan topografinya

adalah dalam bahasa Valuer dipanggil

Undulating .


Setiba sana, saya telah dilayan oleh Soma,

iaitu mandor ladang itu. Dia pun memberi

penceraian tentang umur pokok, hasilnya,

serta sempadan tanah itu.


Seminggu kemudian, saya dan Pembeli

pun melawat ladang itu dan bertemu dengan

Soma sekali lagi.


" Dei Thambi ... itu hari you cakap sempadan

disini ... tapi hari ini you cakap sempadan itu

disana pula ... Mana yang betul ni ? " tanya saya.


Dia  punya jawab saya 

" You agent kan ?  You agent NO Otak ke ?

Bumi ini bulat punya .... boleh pusing punya.

Last week sini .... sekarang sudah pusing ....

So boundary pun sudah pigi sanalah ... "


Habis cerita.

Ejen hartanah memang TAKDE OTAK.


I suka mandor Soma 

Memang best sekali ....

Salute and Respect brother !!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan