Ramai ejen hartanah sekarang suka
pakai hentam sahaja .... terutama mereka
yang jual atau sewakan tanah.
Kemusyikilan ini buat saya terkilan
sebab ia tidak menepati apa yang diiklan.
Gejala ini terjadi kepada ejen hartanah
yang buat Tanah Lot, Tanah Rezab Melayu,
Tanah Kampung, Tanah Kebun, Tanah Hutan,
Tanah Ladang dan sebagainya.
Apabila ejen macam ini pergi buat viewing,
mereka akan buta-buta tunjukkan lokasi
tanah itu TANPA mengesahkan sempadannya
terdahulu.
Macam mana you tahu ini lokasinya brother ?
Oh anak owner yang kata disitu ....
Macam mana anak tu tahu pula ?
Oh ayahnya yang dah meninggal kata
" its somewhere there ... "
JADI situasi yang sebegini memang selalu
berlaku dimana cerita lokasi itu diturun temurunkan
... hanya sekadar dengar ANGGAPAN saja ...
Jika ia hanya sebidang tanah yang kecil,
maka senanglah nak cari Batu Sempadan.
Jika tak dapat cari pula, bolehlah upah
Jurukur Tanah untuk mengendalikannya.
TETAPI untuk tanah yang besar yang beratus
dan ribuan ekar .... selalunya Broker Haram
dan Ejen Newbie akan simply point at the site !!
Macam mana dia orang tahu sempadan dan
lokasi yang 100% TEPAT ? Dan jika ia adalah
lot pendalaman ... 4th layer lot ... 8th layer lot
dan masuk dalam lagi .... macam mana korang
boleh confirmkan ?
TIPU jer ... hentam jer ....
Banyak kali tanah estet getah ataupun ladang
kelapa sawit itu hanya ada pokok kecil yang
baru beberapa tahun ditanam .... TAPI broker
ini akan tunjukkan lokasi pokok-pokok yang
dah matang berbuah pula ....
ATAUPUN tanah yang berbukit bukau
dia orang akan tunjukkan tanah yang rata
landai pula ...
Ia ibarat pergi ke Kampung Pisang Satu Batang
tapi tunjukkan tanah di Kampung Rambutan
Dua Biji pula !!
Oleh itu jika nak jadi ejen tanah,
korang mesti ada sifat Orientasi & Bearing
yang padu ... tak perlu pakai Waze dan Garmin.
Jika selalu sesat, maka korang memang
tak sesuai nak jadi Land Agent .
Fahamilah ungkapan sebegini ....
The Malay agents know where is Dubai.
The Indian agents know where is Mumbai.
And Chinese agents know where is Che Bai.
Korang tahu mana nak cari Che Bai ?
Eh .. apa yang korang ketawa ni ?
To find out where is this exciting place ,
please go to Google Maps & type in " Che Bai "
.... then click on Che Bai Lu ....
Changchun, Jilin, China
In Mandarin, CHE BAI LU means ... Che Bai Road

Tiada ulasan:
Catat Ulasan