Isnin, 6 September 2021

Ejen hartanah kecil sering dipandang rendah

 

Sebagai seorang ejen hartanah yang kecil,

yang mirip seekor anai yang tidak kelihatan,

saya sentiasa dicaci ... dipandang rendah ...

malah dihina dan dimaki hamun oleh ejen

daripada Agensi Hartanah besar ....


Ini bukan cerita dongeng.

Ini adalah kisah benar.

Dan ia selalu berlaku apabila saya menghadiri

Malaysian Annual Real Estate Convention ataupun

digelar MAREC.


Mungkin nasib saya sering teruk sekali.

Biar saya bagi 3 contoh.



INSIDEN 1

===============

Semasa sessi Tea-Break sebelah pagi, 

saya ternampak seorang ejen yang bersendirian

sedang minum kopi.


Maka saya pun approach dia untuk sembang

dan buat " small talk ".


Selepas dia tahu yang saya ni hanya seorang

ejen yang kecil .... yang Small-Time Agent,

dia pun terus berdiri dan walk away ....


Apa salah yang saya buat ?

Saya hulurkan Namecard saya dan ini pula

yang terjadi .... Fuyuh besarnya ejen India

dari negeri Johor ni .... 


INSIDEN  2

=============

Ini pula berlaku ketika sessi makan tengahari.


Saya diajak seorang Prinsipal dari Puchong

untuk duduk sama dalam meja dia. 


Sebelah kanan saya ialah seorang Team Leader

wanita Cina, manakala dikiri pula ialah seorang

REN berbangsa Eurasian.


Kesemua yang makan dimeja itu adalah dari

agensi yang sama, iaitu sebuah Agensi Besar

yang mempunyai ratusan REN dan banyak

cawangan.


Maka Team Leader itu pun tanya saya berapa

branch yang saya ada .... dan berapa REN yang

saya ada ?


Apabila saya jawab .... ZERO ...

gadis ini pun terus pandang kesebelah lain

TAK nak bercakap dengan saya lagi 

.... throughout the lunch .... !!


Jadi saya pun cuba sembang dengan REN

sebelah kiri pula .... tetapi dia pun mempunyai

attitude yang sama .....


Habis saya pun terpaksa makan sendiri ....


Untuk rekod, Prinsipal ini pernah menghadiri

Kelas saya ... dan begitu juga REN Eurasian ini.

Dan 7 lagi ejen dari Agensi yang sama ( tapi dari

cawangan yang lain ).


INSIDEN  3

=============

Ini juga berlaku semasa Tea-Break.


Ada satu kumpulan ejen sedang sembang.

Maka saya pun join in.


Dan kemudian seorang ejen Melayu

yang mempunyai Agensi Besar pun bagi

namecard dia kepada semua orang dalam

kumpulan itu .... KECUALI saya !!


Beliau juga berborak dengan semua dalam

group itu .... dan langsung tak hiraukan saya.


FUYOH .... atasnya ejen Prinsipal ini !!


Untuk rekod, beberapa bulan yang lalu,

anak buah dia PM saya dan kata dia ada satu

listing tanah komersial , dan tanya saya 

bagaimana nak market tanah itu.


HELLO... go ask your BIG BIG BIG Bos la ....

==============================

Beginilah penghinaan yang selalu dihadapi

oleh seorang ejen kecil .... selalu diperlekehkan

dan dipandang rendah .


Tapi saya nak bagi tahu korang semua.


BIG is beautiful.

But SMALL is wonderful ...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan