Kebanyakkan ejen hartanah, terutama mereka
yang baru menceburi bidang agensi hartanah,
beranggapan yang jika sudah kutip cek atau
wang Earnest Deposit .... maka transaksi itu
dikira CLOSED ....
Sememangnya ini adalah salah !!
DAN lebih bermasalahnya ialah setelah
dapat cek itu, ejen hartanah BBNU ini akan
terus ke bilik pameran kereta mewah ....
YES go to the showroom of BMW, Mercedes,
Mustang, Vellfire, Audi, Volvo, Porsche ....
dan terus bayar booking kereta ....
Ramai ejen yang terpaksa LINGKUP
kerana booking fee kereta itu kena BURN
apabila deal mereka tidak dapat diteruskan !!
Saya pun sudah beberapa kali terkena deal
yang terpaksa ditamatkan ataupun Aborted
kerana syarat-syarat tertentu Jual-Beli itu
tidak dapat dipenuhi.
Contohnya ialah deal berikut :
Saiz transaksi cuma RM133.649 JUTA .
Ini memang deal yang kecil ...
kata Team Leader korang sebab setiap bulan
agensi korang pun meraih Sales RM100 Juta ....
Tapi apa boleh buat ?
Kan blog saya ialah mengenai Riwayat
seorang Ejen Hartanah Kecil-kecilan ???
Mengapa deal ini TIDAK dapat disempurnakan ?
Jawapannya ialah satu syarat ialah keputusan
Soil Test diatas tanah itu mestilah memuaskan
Pembeli ... tetapi selepas 2 bulan, Lapuran oleh
pakar geologi mengandungi kesan negatif yang
tidak memihak Pembeli.
MAKA cek itu pun terpaksa REFUND balik ....
Kesimpulannya ialah your deal is only DONE
when you are able to COLLECT your KOMISYEN
daripada Agensi Hartanah korang.
Berhati-hati ya ejen hartanah semua.
Jangan suka merayau-rayau kat Car Showroom !!



Tiada ulasan:
Catat Ulasan