Isnin, 13 September 2021

Ejen Insuran mau 50% komisyen !!

 

Ini bukan cerita dongeng.

Peristiwa ini berlaku lebih 15 tahun yang lalu,

dimana saya telah dipelawa oleh seorang

ejen insuran untuk menjual sebidang tanah.


Lokasi tanah 2.5 ekar itu memang cantik,

.... ditepi pantai Tanjung Bungah diPenang.


Dan harga jualan pun cantik juga

.... RM95 JUTA .....








Kononnya tanah itu dimilik oleh Uncle dia,

dan dia ada PA ( Power of Attorney ) untuk

menjualnya.


Jadi saya punya tanya dia.

" If the deal gets done, what is your reward ? "


" Oh no need .... he is my Grand Uncle. 

He took care of me when I was young ....

now he is 80 years old .... So i am just doing

a FREE SERVICE for the old man ... "


WOW bestnya .... dia TAK NAK komisyen !!


Maka dalam masa 2 minggu, saya telahpun

mendapat seorang Pembeli dari Singapore,

yang ingin mendirikan sebuah Holiday Home

diPulau Pinang .


Jadi saya pun maklumkan kepada beliau.

Dan suspen ... suspen ..... suspen .....


" Hey yesterday I met another agent,

and this agent willing to give me 50%

commission .... SO if you dont give me 50%

then no deal ..." dia kata .


What the fugg ???


Itu hari cakap Free Service untuk orang tua.

Sekarang mau setengah pula ....


MAKA saya pun melepaskan deal itu.

Bukan sahaja kerana isu komisyen itu,

malah dia enggan tunjukkan saya dokumen

PA yang dia pegang itu. 


Iktibar hari ini ialah .... bila korang nak

buat BIG DEAL .... mestilah ada CONTROL.

Jika semua dipegang dan dikawal oleh 

orang yang BUKAN ejen hartanah .....

THEN No Deal my friend ....







Tiada ulasan:

Catat Ulasan