Isnin, 12 Julai 2021

Saya sangat kecewa ....

Hari ini saya sangat kecewa.

Fikiran saya amat bercelaru.


Sebab tulisan saya yang sebelum ini

telah mencetuskan kontroversi padah.


Semalam saya telah terima satu PM

daripada seorang Probationary Estate Agent


Beliau telah melemparkan kata-kata kesat

dan yang tidak senonoh keatas saya .....

KONONYA apa yang saya tulis telah

merendahkan maruah ejen hartanah Melayu 

dan bertujuan untuk mengutuk bangsa Melayu.


Oh My God !!

How can this even happen ?


Saya bukan ahli Politikus.

Saya bukan Katak Mampus

I am just a REAL real estate agent.


Saya tidak tulis mengenai politik

Saya tidak tulis apa-apa benda polemik.

I only write about property and real estate.


Walaupun saya telah menerima banyak 

komen dan sokongan daripada korang semalam,

TETAPI tomahan sebegini memang mengecewakan

saya dan membelenggukan fikiran saya.




NIAT BAIK saya .... di burukkan.

Saya telah bazirkan banyak masa untuk

mencari topik yang sesuai untuk dikongsikan.


Saya tak ada REN.

Saya tidak ada Team.

Saya bergerak secara SOLO

.... dan dah 28 tahun saya sebegini.


Umur saya dah 60 tahun.

Saya baru terlepas dari Stroke.

Tak lama lagi saya akan GAME OVER.


Bila saya menemui ajal nanti

ilmu dan pengalaman saya akan lupus

.... sebegitu saja .... sia-sia sahaja ....


MAKA setiap hari saya bertungkus-lumus

untuk mengkongsikan apa yang berfaedah

kepada member ejen yang budiman  disini .

.... sebelum saya menghembus nafas terakhir.



TAPI,

bila ada segelintir yang kata

saya mempunyai niat yang jahat

dengan penulisan yang Songsang

.... then i dont know what else to say ....


SERIOUSLY gaiss,

saya ada terfikir juga untuk TAMATKAN

blog ini ... dan HENTIKAN perkongsian saya.


Apa pendapat korang ?

Please let me know ....









33 ulasan:

  1. Teruskan menulis. Jika hanya segelintir yang membenci, masih RAMAI & LEBIH RAMAI yang sudi mengambil pengajaran.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks for supporting. Harap satu hari boleh berkopi diAmanjaya Mall

      Padam
  2. Dalam 10 orang.. akan ada 2 atau 3 orang yg tidak akan sehaluan..
    Maka jangan disebbkan oleh 2 atau 3 orang tu.. yg 7 atau 8 orang bersama anda dilupakan.. please teach me more sifu.

    BalasPadam
  3. Sokong terus berkongsi pengalaman dan ikhtiar sifu yang ikhlas. Barangkali sifu boleh tulis blog mengenai bangsa lain juga aspek mana yang sifu nampak boleh diperbaiki dan maju lagi.

    Salam sejahtera dan sihat. Sebab blog sifu, saya pun bertulis komen dengan bahasa bangsa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terimakasih atas komen ini. Feedback anda akan dipertimbangkan

      Padam
  4. Itulah lumrah manusia. Akan ada yang tak puas hati tapi lebih banyak yang berpuas hati dan selesa dengan perkongsian yang anda kongsikan di blog ini. Janganlah mengalah kepada HANYA SEGELINTIR orang yang tak puas hati. Kelak akan merana diri. Just be positive and look forward. Hopefully best of all for you.

    BalasPadam
  5. Teruskan menulis dan berkongsi ilmu & pengalaman tuan budiman. Kadang kala yg benar itu perit, itu hakikatnya. Semoga tuan terusn kekal sihat.

    BalasPadam
  6. Terukan menulis & kongsi ilmu sifu George. Kdgkala kebenaran itu pahit utk ditelan. Kita tak akan pernah mampu puaskan hati setiap orang. Semoga sifu george diberikan kesihatan yg baik sentiasa.

    BalasPadam
  7. Dalam setandan pisang mungkin ada yg rosak atau busuk. Tak bermaksud kita kena buang kesemua pisang tu. Sama macam life ada yang sokong ada yang kecam. Ada yang positif ada yang negatif. Pada pendapat saya dalam penulisan sifu, kebaikka mnegatasi keburukan, positif lebih dari negatif. Saya terima sebagai cabaran dan tunjuk ajar yang ikhlas. Teruskan penulisan dan kritikan yang membangun seperti ni. Teruskan sifu. Pedulikan dan raikan mereka yang berlainan pendapat. Fighting.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Feedback anda memang mengharukan saya... Thank you very much

      Padam
  8. Biarkan je Sifu, jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

    BalasPadam
  9. Teruskan saje sifu. Sy percaya ramai lg yg ambk positif malah lg bersemangat nk berjaya.
    Semalam rata2 terkejut dgn pemergian Allahyarham tuan Salkukhairi. Kalau kita go thru penulisan dia yg byk bagi ilmu dan kesedaran.... Brp byk dia terima kecaman drpd org2 yg tak suka. Tapi dia tetap teruskan dan akhirnya.. .lps dia pergi ramai yg rasa kehilangan, org hargai btul2 ilmu yg dia sampaikan.
    Kadang2 kebenaran tu mmg pahit utk ditelan...
    Dan yg pahit tu la kita perlukan sbg ubat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sokongan anda mendorong saya untuk ... Do the Needful.

      Padam
  10. Teruskan. Sebenarnye ape yang sifu tulis adalah satu teguran jujur. Tak ramai yang sanggup tegur dengan jujur. Lagi2 tulisan dalam bahasa melayu. Maksudnye sifu sayang kami nak melayu juga all out projek dan earn big income. Terima kasih atas teguran 🙏🙏 Pekakkan saje telinga, Jangan hanya kerana nila setitik.. (sambung)

    BalasPadam
    Balasan
    1. You are a fine example of a Malay REN that dares to exit your Comfort Zone ... and on the way to Success

      Padam
  11. Teruskn bg kata2 yg blh membantu dan memberi cabaran pd insan yg snggup menyahut cabaran.. Manusia tidak akan pernah sempurna..

    BalasPadam
  12. Teruskan sifu, haters will hate anyway...in the end we are answerable only to the Almighty.

    BalasPadam
  13. Teruskan menulis. Sy baru tahu agent boleh bergerak sendiri. Sy ingat mesti di bawah mana-mana agensi. Mungkin juga sy silap faham.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro u dah silap faham ... I ada Lesen E sendiri ... Tapi i tak ambil REN under me .. lone ranger...solo

      Padam
  14. Keep moving Mr Eng.. Kita adalah Kita, Teruskn berkongsi Ilmu. Abaikn negative people..Ilmu&Amal.

    BalasPadam
  15. Mr. George Eng.

    Betul sgt sy rasa ejen Melayu mmg kurang power. Hakikat yg pedih tp ia tetap hakikat. Rasanya kalau Kita kmbali ke 10-20 tahun lepas sangat kurang org Melayu berminat dgn bidang ini. Kami sgt berhati2 dgn transaksi jual beli. Takut jatuh haram. Takut jatuh syubhah. Dlm transaksi jual beli ini byk konsep riba'. Syukur skrng things are getting better. Byk kaedah yg diperkenalkan. Cthnya:instead of 8% per annum (which is Haram) now dah ada konsep ta'widh.

    Kami sebenarnya tak perlu pada transaksi yg berbillion cukup jika pada transaksi kami, kami dapat hidup selesa, zakat & sedekah setiap hari, tidak sombong dgn harta yg Ada. Begitulah sbnrnya kami. Semua yg dikurniakan adalah rezeki yg berbentuk pinjaman semata2. MIEA? Mgkin xde dlm senarai Impian kami. Kami Cuba pertimbangkn ��.

    Mr. George Ng jgn ambil hati dgn kata2 dia. Rasanya Mr George lebih byk kenal org yg bersifat begitu Dan tentunya x semua org begitukan? Teruskn menulis tuan. Terima kasih byk2 atas segala perkongsian. Semoga menjadi asbab hidayah dan jariah.

    -Raiha si BBNU Agent ��

    BalasPadam
  16. TQ for your enlightenment & pencerahan ... saya sentiasa kagum dengan natijah penulisan Raiha ...

    BalasPadam
  17. Teruskan Menulis Tn. Saya Baru Follow Dan Baca Semua Yg Tn Tulis Dlm Blog Nie, Saya Harap Lagi Byk Yg Sy Boleh Belajar Dari Tn. Kalau Diberi Peluang Utk Jumpa Tn, Sy Nak Jumpa. Teruskan Menulis Tn. Terima Kasih.

    BalasPadam
  18. Encik George Eng, teruskan menulis. Semoga ia memberi manfaat kepada lebih ramai lagi yang ingin belajar untuk maju.

    BalasPadam