Semalam saya telah ditegur oleh
seorang Hotshot Team Leader
" Bro ... berapa you bayar orang Melayu
untuk menulis dalam Bahasa Malaysia ? "
Bedebar aku ...nyaris terpelanting ..!!
Hairan ke jika non-Bumi boleh cakap,
bisik, baca, tutur dan tulis dalam
bahasa ibunda ?
Mengapa ada segelintir orang yang masih
stereotype dan rasa syak prasangka
terhadap kebolehan kaum lain ?
Apa yang tidak kena dengan mereka ni,
sehingga masih ragu-ragu dan curiga
terhadap kemampuan saya ?
Takkan nak saya buat sumpah laknat
.... ataupun sumpah semerah padi ...
baru nak percaya yang apa yang kamu
sedang baca sekarang adalah ilham saya
dan ditulis oleh saya tersendiri ?
Tidak dapat dinafikan yang ramai ejen
masih tidak fasih dalam Bahasa Malaysia
--- baik dari segi lisan dan tulisan.
( sepoi-sepoi Bahasa kononnya ... )
Tetapi pada keseluruhanya, tentulah ada
pengecualian dan keunikan ....
Sejak kecil lagi, saya telah bersekolah
disekolah lokal ... berpendidikan dalam
jurusan English ... malah BM hanyalah
satu sabjek sahaja.
Tetapi saya telah bertekad untuk belajar
Bahasa Malaysia dengan lebih gigih lagi.
... Maka terpaksalah berdikari sendiri
samada dengan membaca suratkhabar
atau menuntun program Melayu
dikaca TV.
If there's a will ... there's a way
... kata orang putih !!
Jika kita mempunyai Fokus & Komitmen
yang kental ... kejayaan BOLEH dicapai
Dinegara yang berbilang kaum ini,
pendekatan yang terbaik ialah kita mesti
tahu bahasa yang lain. Ini kerana pemilik,
penjual dan penyewa hartanah adalah
daripada bangsa=bangsa yang berlainan.
MAKA untuk menjadi seorang estate agent
yang berjaya, kita harus ada kelebihan dari
ejen-ejen yang lain .... yakni boleh faham,
baca dan bercakap dalam bahasa-bahasa
lain selain daripada Bahasa Malaysia !!
This is the ADDED VALUE
yang korang boleh beri kepada
pelanggan hartanah itu.
Jadi kepada cendekiawan Melayu yang
telah PM saya dan tanya " How much you
pay to ask a Malay to write in BM ? "
The answer is === FREE !!
Kesemuanya adalah ditulis oleh saya !!!
Saya adalah orang Malaysia.
Saya adalah anak jati ... 100% original.
Tiada celup ... tiada modifikasi ...
I am a REAL ESTATE AGENT.
I am born and bred in Malaysia.
And i am proud to be a Malaysian.
How about you ???


Terbaik Mr. George..
BalasPadamAppreciate it. Thanks !!
Padamkeep it up..kita berkongsi negara bertuah ini..
BalasPadamInilah yang semua rakyat Malaysia idamkan ....
PadamInilah anak jati Malaysia. Terbaik Sifu George
BalasPadamThank you !!
BalasPadam