Ahad, 5 September 2021

Earnest Deposit berjutaan Ringgit

 

Sebagai ejen hartanah yang cuma jual rumah

dan sewa rumah, earnest deposit yang selalu

boleh nampak adalah dalam lingkungan ratusan

dan ribuan ringgit sahaja.


Jika hartanah itu mahal sedikit, maka deposit itu

akan mencecah berpuluhan ribu ringgit.


DAN jikalau ejen itu bernasib baik ataupun

mempunyai pengalaman yang lebih serta ilmu

yang lebih mantap dan padu .... maka deposit itu

boleh jadi ratusan ribu ringgit.


TETAPI jika ejen hartanah itu dah lama dalam

bidang agensi hartanah dan sudah naik ketaraf

yang Tertinggi dalam industri ini .... have moved

your game UP to the Highest Level in the Real

Estate Agency business .... maka Earnest Deposit

itu sering dalam lingkungan JUTAAN RINGGIT .


Saya sendiri pernah mengendalikan bayaran

deposit dalam jumlah RM1 Juta ... RM2.4 Juta

.... dan RM2.94 Juta ....







Mungkin korang rasa tercungap lihat

paparan cek diatas .... dan air liur pun dah

mengalir keluar ....


Tetapi ia adalah TIDAK MUSTAHIL

jika seorang ejen hartanah tahu game beliau !!


Untuk pengetahuan korang, cek diatas adalah

Earnest Deposit untuk pembelian 2 hartanah.

Ia merupakan kaedah " Un-Solicited Offer ",

dimana klien saya ingin membeli hartanah itu

SEDANGKAN hartanah tersebut TIDAK ada

dalam pasaran ... NOT FOR SALE in the market.


Jadi untuk menunjukkan Buyer saya SERIOUS,

maka Buyer saya pun mengepilkan 2 cek itu pada

surat Offer to Purchase mereka .


Maklumlah, ramai pembeli pun kata Nak Beli,

tapi sekadar sebarkan Air Liur sahaja .... ingat ya

TALK IS CHEAP .... dan bila korang nak buat 

deal yang Berjuta-Juta Ringgit ... maka korang 

mesti berusaha untuk mendapatkan Earnest Deposit

sekali untuk convince Owner yang Buyer korang

adalah GENUINE BUYER ....


Semoga pos ini akan menyemarakkan lagi

perjalanan korang sebagai ejen hartanah.

Dan semoga ia dapat memberi SEMANGAT

dan INSPIRASI dalam suasana pandemik murung.


Jika pos hari ini berfaedah, korang boleh buat

Sharing dengan Team Members sekali ....


2 ulasan:

  1. Perghh.... Terinspirasi saya... I am gonna get it one fine day....

    BalasPadam
  2. YES ... suntikan semangat yang dinanti nantikan

    BalasPadam