Selasa, 31 Ogos 2021

Salam Merdeka kepada Ejen Hartanah

 

Sudah 64 tahun kita bertamaddun

Tapi masih nampak macam kartun


Inilah bisikan hati saya sebagai anak jati

(semua Ori & Spicy ... macam KFC ... )


Kepada semua ejen hartanah,

tulisan hari ini ditulis khas kepada korang


Bacalah rintihan hati saya ....



WAHAI KAWAN YANG BERWIBAWA

================================

dah 64 tahun kita terlepas dari genggaman

penjajah British ,


Tapi sekarang kita dijajahi pula oleh 

katak ... Kering Otak ... Buaya ... Ular Sawa

... Anak Conda ... SiKitol ... Jamal Jamban ...


WAHAI KAWAN YANG BERWASPADA

==============================

Semua pun kata tak tahu

Semua pun kata dianiaya 

Semua pun kata nasib ku


Wang masuk bertubi-tubi

Jutaan duit ehsan diperkosakan

Yayasan mulia pun terancat akal

Anak yatim menjadi lebih sedih-pilu


WAHAI KAWAN  YANG BUDIMAN

==============================

64 tahun lalu kita semua not educated.

Tapi sekarang korang semua dah UP 


Semua berpendidikan tinggi ... 

Tapi masih ada yang ingin mempelekehkan ,

mempersendakan & membelenggukan kita

Ingat kita semua bodoh ke ?


WAHAI KAWAN YANG ALIM

==========================

Kini bukan zaman silam yang zalim lagi

Ekonomi dah meleset & semakin meruncing


Covid bukan sebarang calang lagi

Ramai yang dihimpit dan dicalarkan dengan

ketiadaan kerja dan kekosongan pendapatan


WAHAI KAWAN YANG WARAS

=============================

Bila mengunjung tetamu

silalah masuk ikut pintu depan ...


Bila korang masuk dari belakang pulak

... hah ... banyak masalah yang menjadi


Usahlah merepek 

kita bukan si Apek

pergi salahkan kaldai jer 


WAHAI KAWAN  YANG TERUJA

=============================

Apakah yang diwawarkan oleh

Bapa Malaysia Tunku pada tahun 1957 ?


Beliau inginkan satu negara yang maju,

yang aman ... yang damai & berharmoni.

Tapi apa yang terjadi pada hari ini ?


WAHAI KAWAN YANG DISAYANGI

===============================

Saya dah tua ... dah usang .... dah 60 tahun

Dah rakus ... dan hampir tandus



Saya dilahirkan & dibesarkan ditanahair ini

Saya lebih fasih dalam Bahasa Malaysia,

baik dari segi lisan ataupun pertuturan.


Saya tidak berpeluang menerima apa-apa

ehsan, sumbangan, dan sebagainya dari gomen.

Apa yang saya nikmati sekarang 

adalah hasil dari keperitan titk-peluh sendiri.


WAHAI KAWAN YANG PAWERR

=============================

Negara yang tersayang ini

adalah untuk kita semua 


Jangan biarkan perkara remeh-temeh

membinasakan keutuhan hati sejagat kita.


Menolehlah kepada wawasan kemerdekaan,

kepada asal usul Tuanku Abdul Rahman.


Kalau tercicir ... baliklah kepangkal jalan.

Jangan dipesong oleh karenah sipolitikus .


BRADER & SISTA

Korang adalah HARAPAN saya !!

Tqvm membaca sampai kesini  ....


SELAMAT HARI MERDEKA !!



Ahad, 29 Ogos 2021

Kacauganggu oleh Ejen Hartanah

 

Semalam saya terbaca disuratkhabar dimana

seorang pemilik rumah telah merungut ....

kerana beliau telah pun dikacauganggu

bertalu-talu oleh ejen hartanah .


Rumah yang diwarisi dari ibunya telah

diserang hendap .... dan rumah beliau

masa kini pun diserang juga ....


APA yang terjadi ?


Pemilik rumah ini telah dihubungi banyak kali

oleh Real Estate Negotiator daripada agensi

hartanah untuk jual ( dan sewa ) rumah beliau !




Pendekkata, beliau telah menerima banyak

COLD CALLS daripada ejen hartanah ,

dan ini memang satu teknik marketing

yang sering diajar oleh Real Estate Agency.


Rungutan beliau ialah macammana ejen ini

dapat maklumat tentang Nama, Alamat dan

numbor telefon beliau .... sedangkan negara

ini sudah ada PDPA ( Personal Data Protection

Act ).


HAKIKATNYA ialah terdapat banyak jenis

MASTERLIST yang dijual dipasaran sekarang,

yang mempunyai maklumat mengenai pemilik

hartnanah.


Dan property masterlists ini selalunya muncul

pada projek yang hampir selesai ataupun baru

dapat Certificate of Practical Completion ....

dan ia merangkumi projek perumahan landed

serta projek highrise seperti Condominium, 

SOHO, SOVO, SOFO, Servis Apartment,


Harga pasaran sesuatu list ini dalam lingkungan

RM300.00 hingga RM3,000.00 dan bergantung

kepada berapa projek/units dan " FRESHNESS "

list itu  ( banyak kali penjual list ini akan buat

re-packaging dimana list yang lama akan 

diKITAR SEMULA dan RECYCLE sebagai

list yang baru !!


Lists sebegini  memang bernilai kepada

agensi yang suka REKRUT orang baru buat

Project Marketing .... sebab tak banyak perlu

buat Training ... cuma suruh orang baru itu

telefon pemilik list itu ( kerja ini seakan 

jadi Tele-Marketer sahaja ).


PERSOALANNYA ialah dimana

asal usul Property Master Lists ini ?


Jawapannya senang saja.

Pihak mana yang ada maklumat sebegini ?


No 1 ---   pihak developer

No 2 ---   syarikat utiliti 

No 3 ---   jabatan kerajaan 


Tujuan tulisan hari ini BUKAN 

nak cari source of the INFO LEAK.


Hanya nak bagi tahu ejen hartanah

supaya buat kerja secara Professional,

dan amalkan Tarta-Tertib yang bagus.


JANGAN buat kacauganggu pemilik ...







Jumaat, 27 Ogos 2021

Tik Tok Marketing untuk Ejen Hartanah

 

Sejak kebelakangan ini, saya dimaklumkan

ramai ejen hartanah telah menceburi Tik Tok

dengan tujuan membuat Branding dan demi

mempromosikan listing hartanah mereka.


Hangat-hangat TAHI AYAM saja !!


Apabila dia orang dah buat Tik Tok Account,

they made a lot of noise .... TETAPI after

a few tries with posting on Tik Tok ....

mereka pun sunyi-sepi pula ....

DAH GAGAL  !!




Saya pun pernah main Tik Tok selama 3 bulan.

Dan saya pun gagal juga ....


MENGAPA ?


Setelah mengimbas kembali, apa yang saya boleh

rumuskan ialah Tik Tok ini cuma benda MAINAN 

untuk ENTERTAINMENT .


Ia menarik perhatian dengan corak yang GILER,

dan yang kurang masuk akal .... dan sesuai untuk

target mereka yang Low-Class & Low-Mentality

dan yang kurang Educated ....


Thats why Tik Tok sangat popular dinegara

yang mundur seperti Brazil, Mexico, Pakistan,

Egypt, Turkey dan Colombia .... dimana dunia

hiburan dimermartabatkan ....


Saya telah buat beberapa video compilation

mengenai Tik Tok disini untuk tatapan korang :


https://www.youtube.com/watch?v=gVOr6F3fgFk&list=PL35GFypRbceZsQeLzb6oFO8YZFIFhrG4H 


Gerenti korang akan ENJOY !!


Jika korang nak buat benda yang SERIUS

seperti nak jual rumah dan nak sewa Condo,

maka pendapat saya ialah Tik Tok ini memang

BUKAN platform yang sesuai ...


Lets be real here !!


Siapa nak beli Hartanah  daripada

seorang property agent yang cuma tahu

tonjolkan buntut .... goyang .... gelek....

dan braless tak pakai coli dalam .... 

dengan 2 barang yang turun-naik

terumbang ambing ...???







Instagram Marketing untuk Ejen Hartanah

 

Instagram merupakan satu platform

Social Media Marketing yang popular,

terutama sekali dinegara Barat.


Dan sejak kemunculannya dilaman sosial,

ia biasanya digunapakai oleh mereka yang 

lebih dewasa dan berumur.


Pendekkata, Instagram lebih cenderung

kepada .... the More Matured population ....



Saya telah menceburi Instagram Marketing ini

pada 2 tahun yang lalu. Tetapi saya telah GAGAL .


Apa yang nyata kepada saya ialah IG ini

sememangnya TIDAK USER-FRIENDLY.

Nak cari Log-Out pun kena scroll lama ....




Mungkin saya kurang bernasib baik dan

kemungkinan juga ada daripada ejen hartanah

yang berjaya menggunakan Instagram untuk

memasarkan hartanah dan mempromosikan 

perkhidmatan ejen hartanah mereka !!


Tetapi kajian saya menunjukkan TIDAK 

ramai ejen hartanah yang guna Instagram.


Namun demikian, kepada mereka yang nak

berjinak dengan IG, saya telah mengemaskini

4 video untuk tujuan ini .


https://www.youtube.com/watch?v=1fID_eRj2is&list=PL35GFypRbceZ5hV6YRGug3dj_2mjqzany


Instagram Marketing for Real Estate Agents

bukannya kurang baik .... hanya pengalaman saya

menggunakannya adalah kurang memuaskan ....


Ada tak sesiapa ejen hartanah disini yang

guna Instagram Marketing ?




Rabu, 25 Ogos 2021

Youtube Marketing --- Part 2


Susulan kepada pos saya semalam tentang

penggunaan video dalam Youtube Marketing,

hari ini saya akan bincang mengenai kaedah

TERBARU dalam Youtube yang dipanggil

Youtube SHORTS ....


Kaedah ini telah mengegarkan dunia

Social Media Marketing .... dimana dalam

masa setahun sahaja telah terujud 60 Juta

video jenis SHORTS dengan Channels yang

berjumlah lebih 5.3 Juta !!



Apakah Youtube SHORTS ini ?


Ia adalah video pendek yang dihadkan kepada

1 minit ataupun 60 saat saja.


Tujuan utama Youtube mengujudkan gejala ini

ialah untuk menandingi platform lain seperti

Tik Tok, Instagram Reels, Facebook Stories !!


DAN fungsi #shorts ini ialah untuk menjadi

Lead Magnet ataupun Daya Tarikan ....

demi menarik penonton kepada Channel itu.


Pendekkata, ia berfungsi sebagai Trailer

kepada Main Event itu ....


3 hari yang lalu, saya pun telah jump into

Youtube SHORTS melalui Channel Baru 

yang bernama Asian Girls Gallery



Korang boleh berjinak dengan Shorts saya

melalui Link yang berikut :


https://www.youtube.com/channel/UCSfub3pyCxbKExXATIXiMaA


Model buat duit saya ( my Monetization Model )

ialah melalui LINK didalam Description video,

dimana jika penonton membeli Produk itu

melalui Link saya, maka saya akan meraih

komisyen sebanyak 70% hingga 80% .


Youtube SHORTS memang satu kaedah yang

BARU .... tetapi jika sesuatu video itu boleh

menjadi #VIRALVIDEO  .... then it will be

very explosive and Profitable indeed !!


Video yang pendek ini memang mempunyai

POTENSI PEMASARAN ONLINE TINGGI .


Siapa nak belajar secara FREE

Youtube Shorts Marketing ?


Sila tulis ulasan/komen anda ....


Selasa, 24 Ogos 2021

Youtube Marketing untuk Ejen Hartanah

 

Ramai ejen hartanah cuma guna Facebook

untuk memasarkan listing hartanah mereka.


Dan kebanyakkan daripada mereka akan 

upload video hartanah itu kedalam wall

dan juga kedalam FB Groups yang lain.


Masalahnya ialah walaupun Setting korang

adalah PUBLIC diFacebook, namun demikian

FB pada amnya akan menyebar kepada

FB Friends sahaja.


DAN apa yang korang TIDAK TAHU ialah

algorithm Fesbuk adalah kedekut sekali ....

dan hanya kawan-kawan yang sering

berinteraksi ataupun ENGAGE dengan pos

korang ... akan bernasib baik dapat membaca

video listing itu ...


Pada lazimnya, jika korang ada 4,000 kawan,

dan hanya 200 sahaja yang selalu aktif baca

pos-pos korang dan klik LIKE, SHARE dan

COMMENT .... maka hanya 200 orang inilah

yang akan diUTAMAKAN oleh Facebook !!


Ini bermakna 3,800 kawan yang lain hanya

bermain Hide-and-Seek dalam Facebook ....

dan hanya berpeluang TIPIS untuk melihat

pos listing hartanah korang.


OLEH ITU, saya mencadangkan korang 

supaya memberi perhatian kepada Youtube

dalam Property Marketing anda.


MENGAPA ?


Ini ialah kerana bila Youtube Video korang

dilabelkan sebagai PUBLIC, maka video itu

boleh diTONTON oleh SEMUA ORANG

.... TANPA apa-apa Had ....


CONTOH yang baik ialah andaikan korang

ada video KLCC Condo For Sale diYoutube.


Jadi orang dari Hong Kong ataupun dari

serata dunia pun boleh taip keyword 

" KLCC Condo " .... dan mereka pun boleh

menonton video korang dan berpeluang

close deal juga.


Tetapi boleh tak mereka lihat video yang

korang upload dilaman Facebook anda ???


Ini adalah KELEBIHAN Youtube Marketing

jika dibanding dengan Facebook Marketing .


Facebook Organic Reach always got RESTRICTIONS.

But Youtube reach is FREE-for-ALL ....


Saya telah mengemaskan Playlist ini yang

menerangkan Basics of Youtube Marketing


https://www.youtube.com/watch?v=1OLDfNwolDk&list=PL35GFypRbcebfDvAcEVlE1FCEOsdoAiRP




DAN saya sendiri pun ada Youtube Channel

mengenai Hartanah & Social Media Marketing

==>>   https://www.youtube.com/c/GeorgeEng


Korang boleh juga klik SUBSCRIBE ....



Ahad, 22 Ogos 2021

Twitter Marketing untuk Ejen Hartanah

 

Tidak dapat dinafikan yang kebanyakkan

ejen hartanah hanya guna Facebook untuk

memasarkan listing hartanah mereka.


Dan ini dibuat melalui pos mereka sendiri,

ataupun di Facebook Group dan FB Page,

serta melalui Facebook Ads.


Tetapi jarang ada ejen hartanah yang buat

marketing melalui Twitter ....


MASALAH dengan Facebook ialah ia

menghadkan kawan anda kepada 5,000.

Dan korang hanya boleh ada SATU Akaun.

( ssshhh ... saya ada 2 akaun ... )


Tetapi untuk Twitter, mereka TIDAK ada

had berapa akaun yang korang ada.


THIS is the beauty of Twitter

... you can have UN-LIMITED Accounts !!


Saya sendiri pun ada 6 Twitter Akaun,

untuk Market Niche yang berlainan ....


The advantage of using Twitter Marketing 

is you can have as many FOLLOWERS

as you like. ( based on the ratio of 1:4 )







Untuk mendapat Followers yang banyak,

korang hanya perlu buat begini :


Pergi ke akaun selebirti yang masyur seperti

Neelofa, Lisa Surihani, Siti Nurhaliza, Nur Fazura, 

.... dan klik FOLLOW followers mereka ....


Pada amnya, setiap 10 orang yang kau ADD,

3 daripada mereka akan FOLLOW you balik.


( terdapat software yang FREE yang korang

boleh buat AUTO-Follow dan AUTO-UNfollow )






Memang banyak cepat untuk meraih ribuan

FOLLOWERS kedalam akaun Twitter !!


Dan selepas itu, korang pun boleh poskan

listing hartanah ataupun REKRUT mereka

untuk jadi Real Estate Negotiators dibawah

naungan syarikat agensi hartanah korang.


Twitter Marketing memang senang.

Cuba dulu baru tahu .... 


Sabtu, 21 Ogos 2021

Bahaya buat Facebook Group marketing

 

Ramai ejen hartanah telah belajar daripada

Guru Facebook Marketing untuk menggunakan

Facebook Groups dengan sepenuhnya untuk

memasarkan hartanah mereka.


Mengikut jangkaan saya, terdapat lebih 100

FB Groups diMalaysia yang berciri Property,

Hartanah, New Launches, Real Estate, Estate

Agent, Ejen Hartanah dan sebagainya.


Saya sendiri pun dah join lebihkurang 30

daripada kumpulan ini ....


TETAPI mengikut pengalaman saya,

FB akan hadkan berapa kali yang ejen hartanah

boleh pos setiap hari sebelum dihalang.


Pada puratanya, saya dibenarkan buat pos

sebanyak 10 hingga 15 kali sebelum disekat

oleh FB Jail ataupun Penjara Fesbuk ....

kali pertama ialah untuk 3 hari .... kemudian

7 hari .... seterusnya 14 hari ,,, sebelum akaun

anda kena BAN ....


Satu kaedah yang saya selalu guna ialah

membuat 5 pos sebelah PAGI .... 5 pos pada

sebelah PETANG ... dan 5 pos MALAM.


Ini ialah supaya kekerapan pos itu TIDAK

trigger robot dilaman Facebook itu untuk matikan

pos saya !!


Dan saya berjaya membuat demikian selama

2 tahun yang lalu tanpa apa-apa halangan.


MAKA saya rasa amat terkilan

apabila pos saya yang berikut disekat !!




Mengapa ia dikatakan SPAM ?

Hanya robot disana yang boleh kenalpasti .


Dan mengapa FB biarkan saya join Group itu,

dan TIDAK suka saya pos pula ???







Malah FB telah haramkan Link Blog saya.

Yes .... my Blog Link was BANNED !!


Memang bodoh betul robot mereka....

apabile saya pos diPage saya, ia akan Otomatik

suruh saya SHARE kepada 3 lagi Groups lain

.... tetapi bila saya sudah Syer 

dia sekat saya pula ....


Jadi kepada ejen hartanah yang sering 

buat sharing kepada FB Groups lain,

sila ambil perhatian .


FB dah semakin extreme .....

Korang pernah kena tak ???


Khamis, 19 Ogos 2021

Nak tanah macam mana ?

 

Lima tahun yang lalu saya telah terima

satu emel daripada seorang ejen hartanah

yang baru berkecimpung dalam bidang ini.


Beliau adalah dari satu agensi hartanah

yang terkemuka.


Emel beliau adalah seperti berikut :




Apabila saya baca emel itu, 

ia memang buat saya bengang !!


MENGAPA ?
Ulasan saya adalah begini :


JENIS TANAH

Tanah ada banyak jenis.


Seperti yang termaktub dalam KTN

Kanun Tanah Negara ataupun dalam

National Land Code, kategori gunaan tanah

ialah Pertanian, Bangunan dan Industri.



Dan jika dikaji dengan lebih mendalam,

ada lebih 35 jenis tanah dinegara ini ....


Jadi apa jenis tanah yang dia nak ?


KELUASAN  TANAH

Tanah mempunyai saiz yang berbeza.

1 ekar ... 10 ekar ...100 ekar ...1,000 ekar,

dan seterusnya.


Dan keluasannya mungkin juga kecil

seperti 10,000 kaki per segi ....

20,000 kaki per segi ... 30,000 sq ft

dan sebagainya.

Jadi berapa besar atau kecil tanah yang nak ?


BAJET UNTUK BELI

Kalau nak beli sesuatu tanah,

mestilah tahu bajet dulu.


Ini mungkin hanya RM150,000.00.

Atau  RM1.5 Juta ... atau RM15 Juta

dan seterusnya.


Jika dah tahu jumlah belanjawan,

maka urusan seorang ejen hartanah

akan dipermudahkan.


TETAPI jika dia kata " No Budget ".

cadangan saya ialah .... Terus Lari ... !!


========================

Beginilah karenah ejen hartanah

yang tidak mendapat latihan yang cukup

daripada Team Leader, District Leader,

Division Leader, Group Sales Manager,

Group Agency Manager, Head of Agency,

Centre Director, dan sebagainya .....

Rabu, 18 Ogos 2021

Deal Cancelled .... Apa nak buat ?

 

Pagi tadi saya telah terbaca rungutan

seorang REN ( Real Estate Negotiator )

dimana beliau kata telah menangis sehari

dan semalam .... kerana penjualan rumahnya

telah ditamatkan.


Kononnya pembeli telah memberitahu yang

dia nak tamatkan dan Cancell deal itu ....

walaupun Perjanjian Jual Beli ataupun

Sale & Purchase Agreement telah ditandatangani.


Ini ialah kerana pemilik rumah yang disewakannya

telah setuju untuk jual ... pada harga yang jauh lebih

RENDAH daripada harga rumah yang dia telah

janji nak beli itu .... dan dia nak tamatkan perjanjian

serta ambil balik 10% harga jualan yang telahpun

dibayar itu ....




Sebagai ejen hartanah, ramai yang akan terkena

dengan gejala begini.


Persoalannya ialah ....  BOLEH tak pembeli itu

minta FULL REFUND deposit yang dibayar itu ?


Secara praktis, ramai ejen akan kata jika transaksi

itu ditamatkan, maka 10% Deposit itu akan bakar

ataupun FORFEITED.


DAN ada pula ejen hartanah yang kata dalam 

hal sedemikian .... maka Pembeli itu harus bayar

PAMPASAN DUA KALI kepada Pemilik itu,

yakni 20% compensation !!




Tetapi harus diingat yang ini adalah apa yang

dipratikkan dan dilaksanakan oleh ejen masakini.

Dan ini BUKAN MUKTAMAD  !!


Dari segi undang-undang, apa yang penting

yang akan diambilkira oleh Hakim Mahkamah

ialah apa yang tercatat didalam Borang OTP

( Offer to Purchase ) .


AND this is where the MISTAKE lies

sebab banyak Borang OTP agensi hartanah

hanya kata akan Refund balik jika Loan itu

tak dapat  .... tetapi TIDAK sebut apa yang

akan berlaku jika perjanjian ditamatkan !!


WALAUPUN ia disebutkan dalam SPA itu,

tetapi ia adalah terlalu LEWAT sebab sudah

tandatangan Sale & Purchase itu ....


SO to avoid all doubts,

maybe its advisable to mention this Clause

upfront in the OTP itself ....


Apa pendapat anda ?




Isnin, 16 Ogos 2021

Part 2 --- Mark-Up Harga Jualan

 

Susulan kepada post saya semalam,

saya telah terima satu PM daripada

seorang ejen hartanah mengenai isu

sama yang dihadapi oleh beliau.


Rumah yang diiklan oleh brader ejen ini

telah dilamari oleh seorang ejen lain

untuk tujuan COA  ( co-agency ataupun

co-broke listing )


TETAPI ejen yang nak COA itu

hendak buat mark-up RM20,000.00 !!




Maka ejen brother kita telahpun menanya

pendapat saya .... sebab beliau telah beritahu

ejen lain itu yang Pembeli harus menanggung

Cukai Keuntungan HartaTanah ( Real Property

Gains Tax ) jika ada.


PENDAPAT SAYA memang senang .


Sebagai ejen, korang harus mengamalkan

ETIKA & PROFESSIONISMA YANG TERTINGGI.


Salah satu fungsi ejen hartanah adalah menasihati

pemilik rumah itu tentang Harga Pasaran semasa,

dan mendapatkan HARGA YANG TERBAIK

( the Best Price ).




Jika ada pelawaan untuk buat Mark-Up Price,

maka ejen itu haruslah memberitahu Pemilik

dan mendapat PERSETUJUAN daripada

owner terdahulu.


AND 2 THINGS will happen.

Either owner will agree OR don't agree.


Selalunya pemilik yang terdesak

dan desperate seller, mereka tidak akan

menghalang kaedah Mark-Up itu ....

as long as they get back their MINIMUM PRICE.


Tetapi untuk pemilik yang boleh tahan

dengan kegawatan ekonomi semasa 

dalam pandemik ini .... mereka akan rasa

" NOT given proper advice by Agent ".


MAKA pemilik sedemikian akan suruh

ejen itu untuk TAMBAH lagi harga jualan

kepada harga akhir top-up itu !!


SO its back to square one again ....


Pendekkata, sebagai ejen yang dilantik

oleh pemilik untuk menjual rumah itu,

adalah menjadi TANGGUNJAWAB ejen

itu untuk memberitahu DAN mendapat

persetujuan pemilik itu tentang mark-up.


JANGAN mengabaikan tanggungjawab anda 

sebab wang dan agensi komisyen  bukan 

segaala-galanya ....


Pemilik rumah telah memberi KEPERCAYAAN

yang penuh kepada anda untuk jual.


SO DON'T BETRAY THE TRUST  !!

Ahad, 15 Ogos 2021

Jangan mark-up Harga Jualan

 

4 tahun yang lalu saya telah membaca

post seorang agen hartanah daripada

satu agensi terkemuka .... dan ia memang

menkecamukkan fikiran saya ...


Saya terkilan dengan catatan sebegini

kerana ia diserap dengan unsur-unsur yang

berat sebelah ... dan tidak beri gambaran

dan huraian yang tepat .






3 perkara yang buat saya tersinggung :


---  ejen Cina ambil fees lebih 3% daripada penjual Melayu

---  bangsa Melayu ni memang tak percaya bangsa sendiri

---  Ejen Melayu kalau buat selalunya rumah lowcost


Wahai ejen hartanah sekalian ....

Mengapa masih lagi yang nak jadi HERO 

dan mencungkilkan isu perkauman ...?


Saya telah bertapak lama dalam agensi hartanah

selama 28 tahun .... banyak yang telah saya alami,

rentangi dan harungi ....mark-up, mark-down, 

up-sell, down-sell, side-sell .....


Percayalah kalau saya katakan disini :


---  BUKAN agen Cina saja yang tamak 

      ( Greed is the evil of Agen yang Alim )

---  Kepercayaan adalah sesuatu yang "Universal"

     ( trust is to be Nurtured )

---  Kesemua jenis hartanah diselubungi oleh isu

      mark-up .... bukan lowcost sahaja


Jika agen itu beriman & berpedoman teguh,

tentulah perkara yang tak senonoh ini tidak 

akan timbul.


Lagipun apabile seorang estate agent itu

mark-up the Sale Price .... maka ia akan

menimbulkan perkara berikut :


1)  Valuer tidak boleh beri Nilai Hartanah itu

2)  Differential Sum yang tak cukup

3)  Prinsipal dan Agensi diheret kemahkamah

4)  Professional Indemnity Insurance tercemar


Oleh itu, saya menyarankan ejen hartanah

supaya jangan menambahkan ( top-up )

harga jualan yang telah diberikan oleh

pemilik hartanah itu. 


Jangan TAMAK !!

Ikutlah mandat yang diberikan kepada anda.

Jadilah seorang ejen hartanah yang BerETIKA.


Dan jika korang baca sampai kesini & rasa 

bercelaru  .... saya berharap anda boleh

tuliskan komen anda untuk tatapan semua.



Sabtu, 14 Ogos 2021

Ejen hartanah mesti tahu Bahasa Malaysia


Semalam saya telah ditegur oleh 

seorang Hotshot Team Leader 

" Bro ... berapa you bayar orang Melayu

untuk menulis dalam Bahasa Malaysia ? "


Bedebar aku ...nyaris terpelanting ..!!


Hairan ke jika non-Bumi boleh cakap,

bisik, baca, tutur dan tulis dalam 

bahasa ibunda ?


Mengapa ada segelintir orang yang masih

stereotype dan rasa syak prasangka

terhadap kebolehan kaum lain ?


Apa yang tidak kena dengan mereka ni,

sehingga masih ragu-ragu dan curiga

terhadap kemampuan saya ?


Takkan nak saya buat sumpah laknat

.... ataupun sumpah semerah padi ...

baru nak percaya yang apa yang kamu

sedang baca sekarang adalah ilham saya

dan ditulis oleh saya tersendiri ?


Tidak dapat dinafikan yang ramai ejen

masih tidak fasih dalam Bahasa Malaysia

---  baik dari segi lisan dan tulisan.

( sepoi-sepoi Bahasa kononnya ... )


Tetapi pada keseluruhanya, tentulah ada

pengecualian dan keunikan ....




Sejak kecil lagi, saya telah bersekolah

disekolah lokal ... berpendidikan dalam

jurusan English ... malah BM hanyalah

satu sabjek sahaja.


Tetapi saya telah bertekad untuk belajar

Bahasa Malaysia dengan lebih gigih lagi.

... Maka terpaksalah berdikari sendiri

samada dengan membaca suratkhabar 

atau menuntun program Melayu 

dikaca TV.


If there's a will ... there's a way

... kata orang putih !!


Jika kita mempunyai Fokus & Komitmen

yang kental ... kejayaan BOLEH dicapai 


Dinegara yang berbilang kaum ini,

pendekatan yang terbaik ialah kita mesti

tahu bahasa yang lain. Ini kerana pemilik,

penjual dan penyewa hartanah adalah 

daripada bangsa=bangsa yang berlainan.


MAKA untuk menjadi seorang estate agent

yang berjaya, kita harus ada kelebihan dari

ejen-ejen yang lain .... yakni boleh faham,

baca dan bercakap dalam bahasa-bahasa

lain selain daripada Bahasa Malaysia !!




This is the ADDED VALUE 

yang korang boleh beri kepada

pelanggan hartanah itu.


Jadi kepada cendekiawan Melayu yang

telah PM saya dan tanya " How much you

pay to ask a Malay to write in BM ? "


The answer is  ===  FREE !!

Kesemuanya adalah ditulis oleh saya !!!


Saya adalah orang Malaysia.

Saya adalah anak jati ... 100% original.

Tiada celup ... tiada modifikasi ...


I am a REAL ESTATE AGENT.

I am born and  bred in Malaysia.

And i am proud to be a Malaysian.

How about you ???



Khamis, 12 Ogos 2021

FB Live untuk jual Hartanah

 

Salah satu cara untuk membuat pemasaran

bagi ejen hartanah ialah melalui saluran

Facebook Live.


Property Marketing channel sebegini

memang bagus kerana ia boleh mengujudkan

satu suasana yang Interaktif dimana kedua

pihak , yakni Speaker dan Viewer dapat

berkomunikasi secara " Real Time " dan

tanya serta jawab segala kemusyikilan dan

soalan yang ada.


Sejak lebih setahun yang lalu, banyak agensi

hartanah telah menceburi platform FB LIVE.

Dan dengan suasana Lockdown Pandemik ini,

hampir setiap hari terdapat ejen hartanah yang

buat Live Talk dilaman sosial Facebook.


DAN jika speaker itu hebat dan popular,

memang terdapat ratusan dan ribuan orang

yang tonton.


Tujuan buat FB Live adalah untuk kongsikan

dan MENYEMERAKKAN lagi ejen-ejen

dari agensi itu sendiri ... malah motivate

pendengar ( dari agensi lain ataupun orang

luar ) untuk sertai agensi mereka.

( Subtle Recruiting ).


Terus terang ,,,, saya hanya pernah tonton

FB Live dua kali sahaja .... satu melalui

acara Malaysian Institute of Estate Agents 

( sebab nak dapat Mata untuk renew Lesen )

dan satu lagi pada awal permulaan MCO

yang dibuat oleh seorang Property Guru.

( sebab nak tahu cara kendali Live Event )


Yang lain-lain FB Live ... 

saya biarkan kerana semua remeh-temeh

dan sesuai untuk Newbie Estate Agents saja !!








Yang buat aku bengang dan geram 

ialah apabila Budak Baru Belum Up 

digesa oleh Team Leader mereka untuk

cari seberapa ramai hadirin yang boleh

.... demi nak jadikan Live itu FullHouse !!


Pakai otak sikit lah.

You jemput saya buat apa 

Saya dah lama dalam bidang ini.

Bila i start ....you masih pakai Pampers.

You masih main Patung dan Masak-masak.


DAN saya buat pos ini sebab baru tadi

seorang Team Leader telah TAG FB saya

untuk mendengar 3-steps to finding the

right property .... for the record, ini kali

ketiga dia TAG saya untuk benda basic

macam ini .




Kepada pembaca blog hartanah ini,

silalah guna budibicara engkau dengan

sebijak-bijaknya dalam mengendalikan

agensi hartanah .


Jangan MATI-kan saya dengan LIVE you !!


Rabu, 11 Ogos 2021

Jangan jadi Hero sebagai Ejen Hartanah


Cerita hari ini ditujukan khas kepada

ejen hartanah baru .... yang mentah ...

yang masih miang-miang ....dan yang

cuba nak UP dan yang belum lagi UP .


BBNU ( Budak Baru Nak Up ) dan

BBBU ( Budak Baru Belum Up )

selalunya ghairah apabila mendapat

satu listing .... dan terus post yang 

bukan-bukan dilaman sosial TANPA

mengambilkira risiko yang dihadapi 

oleh mereka daripada dikena sailang .


Ya ... kena SAILANG

ataupun dalam Bahasa Inggeris

dipanggil " Listing got Hijacked " !!


Demi menjadi Hero Ejen

Demi mendapat LIKES yang banyak

Dia pun end up with ZERO ....



 



Baru-baru ini saya terserempak dengan 

post daripada Brother Cool Dip yang 

memaparkan Tanah untuk dijual dengan

harga Ratusan Juta Ringgit.


Lokasi tanah ialah dibelakang Gleneagles

Medical Centre diAmpang.


Real Estate Negotiators yang baru 

tentu akan rasa Terpesona dengan

komisyen yang raksaksa !!


TETAPI untuk ejen yang Professional,

senang saja nak Sailang .... kerana lokasi

dan Lot Tanah itu telah didedah sepenuhnya !!


Nasib baik untuk ejen ini

sebab sememangnya listing hartanah ini

was in the Market since 2 years ago .

( benda yang dah basi jangan diusik ... )


Satu lagi contoh Hero nak jadi Zero

ialah satu pos yang dibuat oleh ejen baru

Saudara Jessie Yap ( nama Jessie tapi dia

memang laki-laki ... bukan pompuan )


Dia telah paparkan gambar rumah DAN

Google Map yang tunjukkan lokasi

jalan rumah yang hendak dijual itu.


Apabila you ada Gambar dan Jalan,

senang saja orang boleh Sailang ...


Cuma pakai Google Street View

dah tahu lokasi rumah yang sebenar.

Kemudian masukkan lokasi itu kedalam

2 website RAHSIA FREE ... dan dalam

masa 5 minit sudah boleh dapat Nama

serta Alamat Pemilik rumah itu ....




Senang jer bro

Takde hal punya


Nak KELOS

Atau nak BOLOS

Korang yang tentukan.


Jika tidak

kena makan pisang Kendiri ...



Selasa, 10 Ogos 2021

Real Estate Negotiator tak ada Standard ?

 

Industri agensi hartanah diMalaysia 

semakin menjadi-jadi ....


Kalau tak silap, terdapat lebihkurang

35,000 REN ataupun Real Estate Negotiators

yang didaftarkan dinegara ini.


Mengikut apa yang ditetapkan oleh

Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah,

& Pengurus Harta, mereka yang baru masuk

kebidang ini akan digelar sebagai REN.



Dan untuk menjadi seorang REN

ataupun Pembantu Ejen Hartanah,

dia harus mengikuti kelas 2 -hari yang

dipanggil Negotiator Certification Course.

( dikendalikan oleh Training Providers

yang diiktiraf oleh LPPEH )




Dan fungsi-fungsi seorang REN

adalah tertera dibawah ini :






Pendekkata, untuk menceburi dalam bidang

Agensi Hartanah atau Real Estate Agency,

seseorang itu harus digelar REN .


TETAPI hakikatnya ialah

ramai yang TAK NAK gelar REN .. !!


Tak percaya ?


Sila korang skroll diFacebook Profile

dan apa yang ketara ialah gelaran macam ...


Property Expert

Property Advisor

Property Consultant

Real  Estate  Expert

Real Estate Specialist

.... dan macam-macam

gelaran yang GLAMOUR !!


Yang buat saya terkilan ialah

2 tahun lalu dimana saya singgah

dikiosk pameran Project New Launch

dekat Tesco ... dan saya minta Namecard

budak remaja itu .... dan ia tertera pula

PROPERTY CONSULTANT ...


So i tanya dia dah berapa lama dia

berkecimpung dalam bidang hartanah,

dan dia pun jawab .... 2 BULAN ...


OMG !!

Only 2 months can become a

Property Consultant  !!


Saya dah 35 tahun in Property Industry

... tapi belum berani call myself 

a Property Consultant ....


MENGAPA TAK NAK GELAR REN ?


Persoalannya ialah mengapa mereka

tak nak dipanggil Real Estate Negotiator ?



No class ?  

No standard ?

Drop their standard ?

REN seakan Cartoon ?

Nak jadi UP & Glamour ?


I pun tak tahu mengapa.

Jika korang tahu, minta beri saya penjelasan.


Isnin, 9 Ogos 2021

Berapa jenis Hakmilik Hartanah yang korang tahu ?

Saya suka baca apa yang dipaparkan oleh

Group Agency Manager dan Team Manager 

serta Team Leader korang.


Sebab kesemua mereka memang hebat-hebat 

dan PAWERR belaka !!


TETAPI kadang-kala

ada juga terbaca ajaran yang Songsang

.... ajaran yang Terpesong ....

ajaran yang kurang Tepat & Sesat



Contohnya ialah seorang GAM 

telah mengajar anak buah downline dia

yang dinegara Malaysia ini cuma terdapat

Hakmilik sebegini .... HSD, HSM, GM, PM

GN dan PN ....lain-lain tak ada.


ITU SAHAJA ???

Ini memang tidak betul !!


Saya kata sebegini kerana terdapat

lebih kurang 20 Jenis Hakmilik hartanah

lain yang korang semua TIDAK TAHU,

... termasuk Bos you, Resident Manager,

PEA, Cikgu Jambu, Coach Hebat, serta

loyar korang ...


Saya gerenti korang tak pernah baca

Approved Application, Certificate of Title,

Extract Mukim Lease, Extract Mukim Register

Mining Certificate, Pajakan Lombong dan

sebagainya !!


BUT again

TODAY IS YOUR LUCKY DAY 

i sedekah korang ILMU Baru FREE  !!


 


Selepas tonton video saya,

you can take a bet with your G.A.M

Cabar dia 10 sessi Briyani Gam Putrajaya


Dia pasti kalah punya

dan you boleh makan Briyani Gam FREE ....


Tapi jangan lupa belanja i makan

Nasi Briyani UNTA Arab Menagis ya  !!

===================================

Jika pos ini Berfaedah,

sila SHARE kepada Team Members anda 


Ahad, 8 Ogos 2021

Iklan Hartanah FREE dalam Facebook ?

Sejak 2 tahun lalu ramai ejen hartanah telah

disambar dengan Kos Iklan yang tinggi

diFesbuk.


Dan semenjak 6 bulan yang lalu, 

kos iklan juga naik diPortal Online lain.



Ramai ejen yang merungut.

Macammana nak reduce Ad Costs ?

Boleh tak buat iklan secara FREE ?


Ramai pula yang  ikut kelas

Zoom untuk buat Facebook Marketing yang 

diajar oleh Cikgu Jambu & Coach yang Hebat 


Ada pula ejen yang bayar lebih RM300 untuk

mengikuti kelas Zero-Cost FB Marketing

yang dikendalikan oleh Guru IM lain ....


TAPI today is your Lucky Day !!


Sebab saya akan kongsikan 6 Video saya

mengenai Cara-Cara Buat FB Ads FREE  !!


Methods saya berciri Guerilla Marketing

.... Underground Marketing ....

TANPA kos ... TANPA iklan

All FREE ... PERCUMA !!


==>>   https://bit.ly/3rZeNNW


Nak tonton kesemua video saya 

akan ambil masa lebihkurang 90 minit.


SO make sure you have the time 

You can Thank me later ....


Sabtu, 7 Ogos 2021

More Likes = More Money ???

Ramai ejen hartanah beranggapan yang

jika FB post mereka dapat Ratusan Likes,

maka ini bermakna mereka akan meraih

LEBIH BANYAK DUIT  ....Betul ?


Actually the answer is YES and NO !!



It all depends on what you are posting.

Jika you hanya poskan gambar selfie

makan Roti Canai dan minum Teh Halia,

TANPA menjual sesuatu servis ataupun

property .... apa duit yang you dapat ?


Ratusan LIKES tu hanya kasi you

FuYOoh .... Mantap... Padu ... Terbaik Fu

... kasi you Syiok Sendiri saje ....


TAPI jika pos you adalah mengenai satu

hartanah yang you nak market ataupun COA,

then LIKES yang berlimpah itu tentu akan

memberi manfaat kepada you .


MENGAPA ?

Sebab algorithm Facebook adalah berlandaskan

ENGAGEMENT .... the MORE Engagement

means the MORE READERS will read what 

you post ....


Lebih ORGANIC REACH 

means HIGHER Chance of agents/prospects

looking at your property .... and greater chance

of closing the property deal.


APA itu Engagement ?


Engagement means INTERACTION.

It consist of Likes ... Comment ... Share


Bila pos you ada readers yang Engage,

maka algorima FB akan faham yang pos itu

SESUAI & SERASI dengan citarasa readers

.... dan FB akan continue to PUSH pos itu

kepada LEBIH RAMAI orang  ( your Friends

and Public --- depending on your Setting )


IN fact kesemua platform Social Media 

( Twitter, Tik Tok, Instagram, Snapchat )

pun mempunyai robot yang sedemikian 

....1st Push, 2nd Push, 3rd Push dan seterusnya.


Korang ada berperasan tak ?

Sila imbas kembali .... ada tak kadang kala

bila you buka Fesbuk ... selalunya sesuatu pos

yang SAMA  akan keluar diatas sekali ?


Lain kali you nampak pos sedemikian,

then you tengok pula BERAPA Engagement

yang pos itu ada .... then you akan Faham.


Ini adalah pos saya yang TOP sekali.

..... Harijadi saya yang ke 60 tahun .

980 Likes ... 600 Comments .... 13 Shares



Ini pula yang kedua top,

ketika saya tertiarap diHospital Columbia.

675 Likes ... 438 Comments 




Nasib baik korang

sebab pos saya itu tidak jual apa-apa.

Cuma buat hal dan branding jer

sebagai seorang Ejen Hartanah ... 


==============================

Jika pos ini bermanfaat,

korang boleh Share dan kasi saya Engagement !!!


Jumaat, 6 Ogos 2021

Kalis Kovid adalah Fantasi Ejen Hartanah

Dalam masa hanya seminggu sahaja,

3 ejen hartanah yang saya kenali ....

telah pun menghembus nafas terakhir

.... dighaibkan oleh Kovid ....


SEDIH .... amat sedihhhhhhh 




Apa yang buat saya terkilan ialah

saya masih nampak ramai ejen hartanah

yang suka MERAYAU kesana kesini

....cari listing .. buat viewing & inspection

dan paparkan dilaman Facebook


seolah Kovid ini tidak exists ....

seolah mereka  KUAT & KEBAL

seolah mereka KALIS kovid

as if you are Invincible 


Hello gaiss & gals 

Listen up and read this carefully


You are a REAL estate agent

And kovid is also very REAL !!


Remember this ya

---   Kovid TAK PILIH KASIH

tak pilih warna, umur, bangsa, agama




The moment you let your guard down

Kovid will strike you ....


SO please dont play-play 

Stay safe ... be safe ... 

That's the only way to remain as

a REAL Estate Agent.



Khamis, 5 Ogos 2021

KEBALKAN diri anda diFacebook

Semalam saya diserang hendap diFesbuk

oleh seorang Team Leader !!


Sebab saya telah skrinshot posting REN dia

dan paparkan dilaman FB .... tanpa mendapat

KEBENARAN dulu.


Dan dia UGUT akan saman saya

jika saya tidak ikut kehendak beliau ....



FUYOOOHHHH

Bodoh betul ugutan ini.

Mengapa ?


NO LOCUS STANDI

===================

You bukan REN itu.

Apa pasal you Busy-Body ?

Go to court and your case will be thrown out.


TEMBAK SENDIRI

=====================

You saman saya Satu Juta.

You lose the case.

I counter-saman you 2 Juta pula.


COURT PRECEDENT    

======================

Sebagai blogger hartanah,

saya memang dah buat Homework.

Beberapa tahun dulu memang ada kes ini

dan Judge telah kata ---  If you post in FB

then all your posts are PUBLIC PROPERTY

unless you CHANGE your setting to Non-Public !!



SO untuk hari ini,

saya akan ajar korang Teknik untuk

MACAM MANA KEBALKAN DIRI

dan posting anda diFacebook ....


==========================================

Ada 2 CARA untuk tukarkan setting.

Either do a Master Setting

or do an individual Post Setting 


Master Setting is

you buat setting SEKALI Sahaja

dan every posts will be automatic

ikut setting ini.


Individual Post Setting is

you kena change the setting

EVERYTIME you buat satu post.

( more work la ....and sometimes

you pun lupa tukar setting tu ... )


==========================================


Kebanyakkan orang buat post 

dan setting adalah PUBLIC  ....

Just look at the Globe icon ( Planet )

dibawah Nama Anda dalam post itu.


Untuk tukar Setting setiap post,

you cuma klik 3 TITIK dipenjuru

kanan atas sekali.




Then you click Edit Privacy.




Then you pilih mana you nak


Public ... Friends ... Friends except

Specific Friends .... Only Me ....


JIKA you takut orangramai skrinshot,

( termasuk scammer ) 

then you JANGAN pilih Public la ....


JIKA you takut sama saya,

takut saya buat you Famous nanti,

then you klik ... Friends except George Eng !!


DAN jika you memang bapok

berpondan dengan Sajatt & Friends,

then you klik lah ,,,, Only Me ....

( you tulis ... sendiri baca ... sendiri Syiok )


TETAPI selalunya kita buat post

tanpa Sedar ... we post in excitement.

SO we forgot to change the Post setting ...


TO PLAY SAFE

then you mesti tukar Master Setting


You go to your Profile

Klik on Settings & Privacy


Then klik on Audiences and Visibility





Then you klik Posts

And klik Who can see your future posts




SENANG JER Bro

Takde hal punya 

Kaliskan Diri anda

Kebalkan Post anda


Now you can 

Post in Peace

and Rest in Peace

AND save RM2 Million

when I counter-sue you ya ....


====================================

FYI i always choose my setting Public

as I have nothing to hide .

As a blogger, i prefer MORE people to read

JIKA post hari ini best ... sila SHARE please ...


Rabu, 4 Ogos 2021

Geram dengan kemelut Politik

Kemelut politik semakin menjadi-jadi.

Setiap hari diselubungi dengan tambahan

bendera putih dan warna hitam.


Semua pun tak tentu arah.

Sebab jalan masih tak ternampak.

Lebih-lebih lagi diselaputi oleh Kovid.


Saya yakin korang pun berpendapat sama.


Semua orang dah tertekan.

Dah terhimpit ... dah tersepit.


Sebagai ejen hartanah,

stress level korang dah bertambah.


Everyday frus.

Everyday geram.

Muka pun masam.

Tak boleh viewing

Tak boleh inspection

Tak boleh close deal hartanah


Saya pun sama geng.

YOU ARE NOT ALONE !!




Untuk melepaskan geram dan frustration,

maka saya telahpun buat satu Blog Baru

yang berlandaskan lucu & lawak-jenaka.


Klik  ==>>   https://funny-world888.blogspot.com/


Baru semalam saya start tulis blog ini.

SO ia masih work-in-progress dan

Fresh-from-the-Oven ....


Tapi korang boleh intai sikit ya ....