Rabu, 28 Julai 2021

Mengapa saya Tak jual-rumah sewa-rumah

Ramai ejen tertanya mengapa saya 

TIDAK buat rumah, kondo dan sebagainya.


Sebenarnya dizaman dulu apabila saya

baru berkecimpung dalam agensi hartanah,

saya memang ada buat jenis hartanah itu.


Jual rumah .... sewa rumah ....

ini adalah ASAS kepada semua ejen hartanah

yang perlu dilalui sebagai seorang newbie .


Rumah merupakan keperluan kepada semua

lapisan masyarakat, dan pada amnya adalah

jenis hartanah yang sentiasa dikunjungi dan

dilamar oleh ejen hartanah yang baru.


Lagipun, proses jual-rumah sewa-rumah ini

akan memberi satu permulaan yang bagus

untuk memahami selok-belok buat agensi.


Process Sub-Sale will provide a strong

Foundation to any aspiring property agent

to continue further in this business.


Pada 5 tahun yang pertama, saya memang

banyak buat transaksi rumah. Tetapi selepas itu

saya sedar yang ia tidak berbaloi dari segi

Masa ...Usaha.... dan Komisyen.




Saya bagi 3 Contoh ....


CONTOH 1

===============

Listing ialah sebuah rumah teres satu tingkat

di Sri Petaling yang berharga RM150,000.


Lebih kurang 25 trip ulang alik, termasuk

viewing sekali.


Prospek yang terakhir tengok, then kata

nak tunggu suami pula tengok. Selepas

suami dah viewing, then kata tunggu aunty

mak mertua tengok .... then kata nak ajak

Feng Shui Master tengok .... then lagi mahu

Kontraktor datang tengok ....


Belum habis lagi jang .... rileks sikit.

Isteri pula nak view kali kedua .... then husband

pula mau 3rd viewing ....




Komisyen pula ?


Owner kata Ah Long kejar dia.... duit tak cukup.

Bagi saya RM500 ... take it or leave it.

25 trip ... minyak pun tak boleh cover ...


CONTOH 2

==================

Saya telah sewa bangalo dua tingkat RM6,000

diAmpang Utama kepada Ambassador negara

Asia Tengah.


Baru masuk 2 hari sahaja itu rungutan dah mula.


Why this house got many lizards ?

Why the Auto-Gate move so slow ?

Water hose got leaking ....

You as the agent must come to solve all these ....




Semua benda remeh-temeh ejen kena handle

walaupun ini diluar fungsi kita.


Apa boleh buat .... dia Duta .

Lagipun dia dah refer beberapa kakitangan

dari embassy beliau untuk sewa apartment.


CONTOH 3

====================

Ini expat Itali yang baru tiba diKuala Lumpur

Budget sewa bangalo ialah RM25,000 sebulan.


Setelah viewing beberapa luxury bungalows

dikawasan Ampang, dia pun berminat untuk

sewa bangalo yang terletak diJalan U Thant.


Tapi esok hari pula dia tukar cerita sebab

kawannya kata bangalo diBangsar bagus juga. 

So dia pun nak tengok ... maka i pun cepat

arrange bungalows diBangsar pula ....


Beberapa hari kemudian, dia pusing lagi.

Dia kata last night had dinner with friend,

who told him Bukit Damansara also is very

high class.


So i pun kena arrange viewing disana pula .

Never ending .... akhirnya dia ambil juga 

listing saya di Jalan U Thant sebab garden

luas 1 ekar .... ideal for party function ...


============================================

Cerewet .... membebel .... mengarut .....

Sekarang korang tahu mengapa saya tak nak

jadi ejen jual rumah-sewa rumah .... 


Nak jadi Ejen Hartanah Jutawan ?

Mengapa korang nak baca apa yang saya tulis

hari ini ?


Jawapannya ialah ... korang nak jadi JUTAWAN !!


Semua ejen hartanah atau Real Estate Agent

nak jadi Millionaire .... dan ramai pun masih

tak berganjak dari garisan permulaan dan

masih merana .... kais pagi makan pagi

sampai air pun habis dalam perigi

tak tahu mana lagi nak pergi


Ini adalah Realiti seorang REAL real estate agent.


Semua akur kepada arahan Team Leader.

Semua taksub kepada status beliau.

Dia songsang ....you pun songlap


Saya tak nak bincang tentang kesalahan yang 

Team Leader buat ( nanti saya diseranghendap 

oleh mereka dan terjerumus dalam ugutan

legal action )


Topik hari ini ialah macam mana korang

boleh menjana komisyen SEJUTA RINGGIT

dengan cara yang TERPANTAS .


Yes ... the fastest way to become a

MILLIONAIRE REAL ESTATE AGENT !!


Daripada analisa saya, setiap tahun tentu ada

ejen hartanah yang menggongol Piala-piala

Million Dollar Award dalam kategori Industri.


Mengapa begitu senang ?


Sebab hartanah industri ini kebanyakkan

adalah dalam lingkungan harga yang lebih

daripada RM35 JUTA.


3% komisyen pun dah mencecah RM1 JUTA !!

Hanya satu deal sahaja korang boleh jadi

Ejen Hartanah Jutawan ....




Yang lagi best ialah jika korang baca iklan

Industrial Property diOnline Portal seperti

iProperty, StarProperty, EdgeProperty dan

Mudah .... apa yang ketara ialah ada banyak

hartanah industri yang berharga RM50 Juta,

RM75 Juta, RM100 Juta dan selebihnya.


Hartanah industri ini ada 2 Jenis, iaitu yang

telah ada bangunan Factory atau Warehouse,

DAN tanah industri kosong.




Jika korang nak buat Factory dan Warehouse,

kena ada sedikit otak .... TAK PERLU banyak 

guna otak .... sedikit sahaja cukup ....


Korang hanya perlu tahu sedikit mengenai

Land Area, Built-up Area, Eaves Height, Floor Load,

Loading Bays, Dock Levellers, Power Supply, 

Gas Supply, dan sebagainya.


DAN jika korang nak buat Tanah Industri Kosong,

ini lagi senang ...TAK PERLU pakai otak langsung !!



Hanya tahu Land Area, Freehold atau Leasehold,

Light Industry/Medium Indsutry/Heavy Industry,

Price per sq ft, dan infrastruktur yang sedia ada.


Tak payah scan otak.

Tak perlu pening otak

Cuma makan Muar otak.


SENANG kan ?

Saya pun pernah close vacant Industrial Land 

hampir RM30 Juta ... komisyen pun 3% ...


Apa yang penting sekali ialah korang perlu tahu

dimana nak cari supply of Factory/Warehouse

and Industrial Land.


( jika nak tahu, sila tanya Team Leader engkau,

dan jika mereka tak tahu ... tanyalah Prinsipal ...

jangan kata Bos you sendiri pun tak pernah jumpa )


Hari ini korang dapat satu TIP baru.

Macam mana nak jadi Ejen Hartanah Jutawan

dengan cara yang Terpantas .


Apabila korang gondol Millionaire Agent Award,

always remember ..... belanja saya makan 

Nasi Briyani Gam UNTA Arab Menangis  ....


Selasa, 27 Julai 2021

Kesilapan Utama Ejen Hartanah

 Sebagai ejen hartanah ataupun newbie REN

( Real Estate Negotiator ), kita selalu sibuk

lari kesini kesana buat listing dan viewing,

COA atau Co-Agency, dan macam-macam lagi.


Matlamat kita adalah satu sahaja .... iaitu untuk

Close Deal dan meraih komisyen itu .... samada 

transaksi jual-beli atau penyewaan.


Selepas close deal, korang boleh lega sikit dan

menjamu selera macam burung ini .... boleh

makan kerengga dan belalang ....



Tetapi bukan selalu kita dapat capai matlamat itu.

Mengapa ? Jawapannya adalah begini.


Dalam keghairahan mengejar transaksi itu,

ramai ejen hartanah buat KESILAPAN UTAMA

.... iaitu mereka tidak faham Keperluan pembeli 

atau penyewa itu.


Kesemua transaksi ada 3 pihak  ---  Pemilik, Ejen

dan Pembeli/Penyewa.


TETAPI selalunya ejen hartanah akan memihak

kepada Pemilik sahaja dan tidak memberi perhatian

kepada apa yang diperlukan dan dikehendaki oleh

Pembeli atau Penyewa itu





Ada berperasaan tak apabila mendapat satu listing,

korang akan  PUSH your listing to your buyer ?


Korang ada tak menyelidik sedikit latar belakang

pembeli atau penyewa itu , baik dari segi kewangan

mereka, jenis pekerjaan, mengapa nak beli/sewa,

berapa orang nak tinggal, dan lain-lain lagi.


Nasib baik saya masih ada simpan video ini yang

telah dibuat dahulu . Video ini adalah mengenai

topik hari ini ( tetapi oleh kerana kepakaran saya

adalah dalam tanah, maka video saya berlandaskan

tanah .... tetapi konsep adalah sama )





Korang cuma nak close deal sahaja .... dan terus

ajak buat viewing tanpa menghirau Keperluan

dan Kehendak mereka .


Oleh sebab kesilapan korang ini, maka deal itu

pun terlepas begitu saja .....


TIP untuk hari ini ialah  ---   always look from the 

Direction & Point-of-View  of your Buyer !!


Fahamilah dari arah mana mereka pandang 

fikir dan membuat keputusan .


DON'T just look from the Owner's instruction.

Ini memang kesilapan yang kesemua ejen hartanah

selalu buat tanpa disedari ..... ini adalah nescaya !!


IT TAKES 3 TO TANGO .

Bukan hanya Ejen dan Owner ya .


If you can understand your Buyer or Tenant,

.....  then you have won  your battle 

dan deal itu memang boleh dikelos  ....


TIP ini saya kongsikan dalam kelas Mastermind

yang saya kendalikan  .... tetapi oleh kerana ramai 

ejen baru,, Team Leader dan juga Bos kayaraya  pun

masih membuat kesilapan dalam cara pemikiran ....

maka i pun kongsikan sedikit ....


===================================

Jika tip kali ini berbaloi,

sila kongsikan pos ini kepada team anda.



Isnin, 26 Julai 2021

Rintihan seorang ejen kecil-kecilan

 Hari ini saya nak buat satu pengakuan.


Saya memang irihati dengan korang.

Ya .... saya memang jealous dengan

ejen-ejen hartanah diluar sana ....


MENGAPA brother ?


Sebabnya ialah ....


Saya rasa boring.

Kerana saya tidak ada team

ataupun REN downline yang ramai

yang boleh saya sembang dan borak.




Saya rasa terseliuh

bila saya tengok korang semua busy

dan rajin menonton kelas Zoom dengan

Team Leader dan Bos Principal yang femes.


Saya rasa terpencil

tengok korang semua dapat award 

TOP Achiever ... TOP Producer ... TOP Rekruter

TOP Sales ... TOP Commission ... TOP Team

Semua TOPtop belaka ... saya pula terbawah


Saya rasa tercunggap

lihat korang dapat berpuluhan dan ratusan

LIKES dan KOMEN dekat Fesbuk setiap hari

Fuyoh ... Mantap ... Padu ... Terbaik ...

tapi say habuk pun tadak 


Saya rasa tergamak

tengok korang semua enjoy dan mengecapi 

suasana yang riuh-rendah sebagai keluarga

dalam satu agensi hartanah yang besar

beratus dan ribuan Real estate Negotiators 




Bestnya .... macam family jer 

TAPI saya hanya ejen anak yatim 

kerana saya cuma ejen Lone Ranger

Seorang sahaja .... Solo .... kirikanan

depan dan belakang .... semua kosong jer


Seronoknya tengok korang semua

taksub kepada Team Leader, Group Manager,

dan Bos-bos yang berwibawa


Sedap dan rangupnya

lihat korang enjoy Annual Dinner

kat ballroom hotel 5-Bintang yang best

TAPI saya cuma cubit Ayam Goreng Spicy

kat outlet KFC diLotuss Tesco ....


Leganya korang semua

ada support daripada Admin pejabat

dan sokongan daripada Accounts Department

sedangkan saya kena buat semua D.I.Y

yes .... everything Do-It-Yourself ....


Walaupun perjalanan saya

agak rumit .... dan sunyi sepi

Tetapi saya memang bersyukur

sebab korang mendampingi saya

SUDI follow dan membaca Blog ini

Ini sedikit sebanyak menjadi sinaran

disebalik takbir hitam itu ....


Banyak lagi 

rintihan dan keluhan

jika nak banding korang dan saya


Namun demikian,

saya tidak Kecil Hati

kerana saya tahu yang saya

SENDIRI yang pilih jalan ini


No way man

This is the path i have chosen

AND i intend to keep it this way

After all .... this is my own Journey


What about you ?

How is your journey 

as a Real Estate Agent ?


Sabtu, 24 Julai 2021

Mentor Hartanah saya yang Ketiga

Saya amat bersyukur dapat berkenalan dengan

Uncle Ho  ( pengasas syarikat pemaju hartanah

Hua Yang Berhad ) pada tahun 1994 dan seterusnya

menjadi Mentor Hartanah saya yang Ketiga


Waktu itu saya masih dalam tahun kedua saya

menjejaki bidang agensi hartanah. Seorang manager

dari Kwong Yik Bank ( bank ini telah digabungkan

dengan bank lain ) telah memperkenalkan Uncle Ho

kepada saya.


Saya diberi mandat untuk jualkan tanah komersial

24 ekar mereka di Seri Kembangan, yang saya telah

berjaya jualkan pada harga RM57 Juta .


Tanah ini kemudian telah dimajukan sebagai 

projek SOUTH CITY PLAZA




Uncle Ho amat gembira dengan pencapaian saya

kerana Dana Jualan itu akan digunakan untuk beli

tanah lain yang seluas minima 1,000 ekar yang ada

Potensi Pembangunan ( ini ialah salah satu syarat 

yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk  

menyenaraikan syarikat itu diBursa Saham Malaysia )


Oleh kerana Uncle Ho percaya kepada saya, maka

saya pun ditugaskan untuk mencari tanah 1,000 ekar

disemua pelusuk negara.  


Pada usia 34 tahun, saya telah pun menyahut seruan

Cuti-Cuti Malaysia .... mengembara ke Johor, Melaka,

Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Kedah ... mencari

tanah yang semikian untuk Public-Listing Exercise.


DAN 2 atau 3 kali seminggu, saya pun berada

dipejabat Uncle Ho untuk memberi update dan

bermesyuarat. Ini berlarutan lebihkurang 5 tahun


Walaupun saya tidak menerima

apa gaji ... dan menyerupai seorang part-time staff,

namun saya rela berbuat demikian kerana ini

adalah peluang untuk saya MENAMBAH ILMU

mengenai Property Development ....


Saya yakin kebanyakkan ejen Hartanah zaman ini

lebih mementingkan DUIT ... daripada sudi bekerja 

secara percuma ... demi mencari ilmu hartanah ,

No Money No Talk !!


TETAPI nasib tidak berbau.


Satu bulan sebelum syarikat Hua Yang disenaraikan,

Uncle Ho telah menghembus nafas terakhir akibat

penyakit kanser .


Semasa itu saya sedang berada di PLUS Highway,

on the way to Melaka .... dan menerima panggilan

daripada setiausaha Uncle Ho.


Jadi saya pun buat U-Turn dipersimpangan Air Keroh

dan terus balik ke Bukit Pantai untuk menyembah 

" my last respect " ....


Selepas berada diBursa Saham Malaysia, syarikat 

diketuai pula oleh anak Uncle Ho yang baru tamat

Masters in Architecture dari luar negara.





Saya juga telah jualkan tanah 16 ekar berharga RM40 Juta

kepada mereka, yang dibangunkan sebagai ONE SOUTH

disebelah Tol Sungei Besi.



Jumlah deal dengan mereka setakat ini hanya RM97 Juta,

dan jika deal pada 4 tahun yang lalu tidak ditamatkan

ataupun Aborted, kesemua deal akan cecah RM217 Juta.


Uncle Ho telah memberikan saya " My First BIG Break "

dalam perjalanan saya sebagai ejen hartanah.


AND I am forever grateful to the late Uncle Ho

for jumpstarting my journey into land deals ....


=======================================

Jika kandungan pos ini bermakna dan bermanfaat,

korang dijemput buat Sharing kepada Team Member \.

Jumaat, 23 Julai 2021

Diantara Pegar dan Pagar ....

Air mata berlinang mengenang nasib.

Akhirnya kasih-sayang saya lebih penting.

.... saya terpaksa melepaskan anakmurid itu




Biar ia jadi Pengajaran Hidup 

yang tak ternilai untuk dia 

untuk selama-lamanya

sebagai ejen hartanah 


Teurs terang,

Hari ini hati saya sangat layu dan sayu.

Walaupun saya telah mencantas anakmurid

yang berjaya close deal dengan komisyen yang

hampir mencecah 2 JUTA ( almost 2 MILLION )

TAPI saya gagal mendidik beliau secara betul

demi menjadi agen yang sejati & berwibawa


Sebelum closing, dia ada tanya banyak soalan

untuk minta bantuan saya


Tetapi selepas signing ... lain pula cerita.

Success has gotten to the head ....


( FOR THE RECORD i do NOT ask for any

Co-broke Fee or Referral Fee or any other Gifts

.... NOT even a cup of coffee from my 

almost 140 estate agency students )




When you needed help

..... I was there for you.

BUT when i asked you a question

.... you just ignored me ....


Sikap sedemikian memang keterlaluan.

Langsung tidak mengenang budi baik

....  ibarat KACANG LUPAKAN KULIT 

& Harapkan Pegar .... pegar makan padi ....




Saya amat kecewa

Tindak-tanduk sebegini memang tidak

boleh diterima oleh saya  !!


Sebagai agen hartanah

kita harus ada Prinsip & Pegangan Hidup

....  yang telus, jujur dan ikhlas.


Words & Actions

must come from your heart.

If your heart is pure & sincere

you akan dapat pahala diakhirat nanti


Jangan sekadar cakap

Tapi tak serupa Bikin.


INGAT YA,

sepandai-pandai tupai melompat

akhirnya akan jatuh ketanah juga


What you DO

is a reflection of your Character

What you DON'T Do

is a manifestation of your Hidden Agenda


KALI INI SAYA TELAH GAGAL.

My own student has played me.


Naluri saya amat terganggu

Fikiran saya memang bercelaru

I telah gagal ... i sangat sedih & pilu


===================================

Semoga korang akan belajar sesuatu 

daripada pos saya kali ini, dan diharap ia

boleh jadi satu Teladan dan Iktibar Hidup

kepada semua ejen-ejen hartanah ditanahair.


Lot International .... apa benda ini ?

Korang tahu tak apa itu Lot International ?

Korang pernah terbaca ejen hartanah yang

mempromosikan hartanah yang dijual itu

sebagai Lot International ?


Banyak kali saya terserempak dengan ayat

ataupun istillah ini.


Dan apa yang ketara ialah istillah ini selalunya

dikaitkan dengan rumah, kedai, kilang serta

tanah.


Yang pelik sekali ialah International Lot ini

biasanya dipakai dinegeri Pulau Pinang dan

Johor sahaja !!


Dinegeri-negeri yang lain diMalaysia saya jarang 

lihat atau baca benda macam ini ....




SO WHAT IS INTERNATIONAL LOT ?

Apakah benda lot international ini ?


Setahu saya, international lot ini memang tidak

ada dicatatkan didalam Kanun Tanah Negara

ataupun  National Land Code.


Dan saya pasti korang yang telah masuk kelas

2 hari NCC ( Negotiators Certification Course )

pun tak pernah diajar tentang kemusyikilan ini.


Untuk mendapatkan jawapannya, saya telah

membuat video berikut dan menanya ejen yang

bertapak diJohor dan Pulau Pinang .


Korang tontonlah video ini dulu ....





Daripada video ini, apa yang boleh saya rumuskan

ialah istilah International Lot  ini adalah hanya

satu Istilah GLAMOUR  ....


Ia bermakna hartanah itu BOLEH dijualkan kepada

sesiapa pun .... OPEN TITLE kononnya .....

termasuk orang asing !!


TETAPI AWAS ya.


Walaupun ejen newbie kata CAN be sold to any party

including Foreigner .... is masih tertahluk kepada apa

yang tertera didalam perenggan Syarat Nyata 

( Expressed Conditions ) dan Sekatan Kepentingan

( Restrictions-in-Interest ).


DAN satu lagi,

ia juga perlu ambilkira Syarat-syarat Terbaru yang

dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri .... maklumlah

land is under the jurisdiction of the State Government,

maka biasa juga ejen hartanah terjerat dengan syarat

baru yang suka dilemparkan oleh gomen ....


So berhati-hati ya.

Jangan asyik nak Ejen Glamour

Jangan asyik nak Ejen International


Kadang-kadang lebih steady 

jadi lokal punya Ejen Kampung !!




Khamis, 22 Julai 2021

Ajak saya motivate team hartanah dia ?

Saya telah ujudkan Blog ini pada 10hb Julai.

Baru muda lagi .....baru 12 hari dah berlalu ....


Tetapi sejak kebelakangan ini, beberapa lamaran

telah masuk ke Facebook Messenger saya.


Ini bukan lamaran dari adik sepupu selebriti 

seperti NeeLohFar ....  Jangan excited ya !!


Ia hanya jemputan dari Team Leader untuk buat

SHARING kepada team members mereka dan

kepada group peribadi mereka dengan tujuan

serta harapan dapat mengkongsikan sedikit

ilmu dan pengalaman saya serta memberikan 

motivasi dan inspirasi kepada REN downline itu.






Saya amat TERHARU !!

Saya tidak tahu yang ada pembaca yang perlukan

sumbangan sebegitu daripada saya ....


DAN saya amat berterimakasih kepada mereka

yang telah mempelawa saya .... dan memberi

kepercayaan kepada ejen senandung malam

seperti hamba.


SEBENARNYA 

saya juga pernah dijemput untuk berceramah

kepada 3 agensi hartanah 2 tahun yang lalu

( agensi ini adalah dalam senarai TOP 15 )

tetapi saya terpaksa reject..


DAN dua kali saya pernah dijemput untuk

menjadi speaker dipersada MAREC ( Malaysian

Real Estate Convention ) dan saya juga telah

decline ....


Hakikatnya i hanya

seorang ejen anai-anai

seorang ejen kecil-kecilan

seorang seniman hartanah


Saya cuma seakan mentarang

yang berlubuk dipantai Tanjung Karang.

disantuni dengan ombak laut dan kerang


TIDAK famous ..... semua pun tak ada

Tak glamour pun .... semua pun tak tahu 


Saya tidak ada Piala dan Award.

Saya tidak ada Rolex, Mustang, Merz

Saya langsung tak sehebat macam BossYou,

Group Agency Manager, Team Manager, dan

kesemua Monthly TOP Producer & Achievers.


Blurr juga bila dapat jemputan khas buat Sharing 

kepada Team dan Group mereka !!


Tapi minta MAAF ya ....



Oleh kerana buat Sharing tu memakan masa saya

( Zoom dan Google Meet ), dan ia hanya sekadar

sekali sahaja ( which is NOT FAIR bagi downline

team anda syiok dan happy satu jam sahaja ), maka

saya telahpun cadangkan supaya mereka ikut dan

baca apa yang saya tulis di Blog ini.


Cadangan ini lagi bagus sebab hampir setiap hari 

saya tulis disini .... maka CONTINOUS SHARING 

disini lebih Berfaedah dan Bermanfaat untuk semua.


Akan tetapi, dimasa hadapan, ada kemungkinan

yang saya akan buat Facebook Live dengan sessi

Q & A  ....  Questions and Answers session ....

dimana kamu semua boleh tanya soalan tentang

hartanah dan agensi hartanah.


FB Live memang ada dalam perancangan saya.

Untuk sementara waktu ini, saya cadangkan

Team Members korang Follow Blog saya saja.


Apa pendapat korang semua ?

Boleh beri feedback dan komen  dibawah ini ?


Rabu, 21 Julai 2021

10 App yang bagus untuk Ejen Hartanah

Mobile apps merupakan alat yang sangat

memudahkan kerja-kerja seorang ejen hartanah.


Ramai property agent masakini pasti ada banyak

jenis app yang telah dimuat turun kedalam fon

bimbit mereka.


Tetapi kebanyakkan ejen cuma pakai app yang

berkenaan dengan ambil video atau gambar saja

yang ada fungsi editing yang canggih.


Untuk post kali ini, saya akan cadangkan 10 App

yang berguna yang harus digunakan oleh seorang

ejen hartanah, dan app ini boleh korang download

dari Play Store.


HAPPY INSPECTOR

=====================

App ini sesuai untuk buat viewing dan inspection,

dimana gambar dan maklumat hartanah itu dapat

diselitkan kedalam laporan dengan serta merta.


Maka dengan app ini, segala yang dirakamkan

semasa viewing boleh dikemaskini in real-time.




MAGIC PLAN

================

App ini amat berguna untuk ejen yang fokus pada

rumah dan kondo, sebab ia boleh mengukur serta

melakarkan ciri-ciri sesuatu bilik atau ruang dalam 

bangunan itu dalam bentuk 2D dan 3D dan kemudian 

menghasilkan satu Floor Plan yang memudahkan 

pemasaran hartanah itu.









VIDEOLICIOUS
===================

Selepas ambil gambar semasa buat inspection,

maka langkah seterusnya ialah membuat video.

Dan app ini memang berfungsi untuk membantu

anda membuat video yang memudahkan marketing.





INSHOT
============

App ini memang sangat popular dikalangan pengguna

fon bimbit kerana ia mempunyai banyak ciri-ciri

untuk buat editing dengan berbagai special effects !!


Sebelum app ini diterbitkan, ramai yang gunakan

Viva Video. Tetapi lama kelamaan, InShot pula lebih

disukai ramai.





Saya suka guna Inshot apabila membuat video Tik Tok.

Memang cepat sekali ....


UNIT CONVERTER
======================

App ini sesuai untuk mengirakan angka baru

apabila hendak membuat conversion seperti

luas, jarak, ketinggian, dan sebagainya.








CAM SCANNER
===================

Ini juga app yang popular yang selalu digunakan

oleh ejen hartanah.





Bila kita gunakan camera handphone, gambar itu

akan dimasukkan dalam Gallery atau Album fon.


Tetapi dengan scanner ini, ia akan terus dijadikan

PDF File dengan senang sekali.



QR & BARCODE SCANNER
===========================

App ini sesuai untuk scan QR Code dan Barcode.

Sebagai ejen hartanah, kadang kala ada terjumpa

website yang kita malas nak search.









Maka dengan app ini, kita boleh terus masuk

kedalam laman web itu tanpa ragu-ragu.


PCMY
=============

App ini jarang digunakan oleh ejen.

Mungkin sebab ramai yang tidak tahu tentang app ini.







Tetapi app ini memang mantap dan padu sekali

kerana ia merangkumi Loan Calculator, RPGT

atau Real Property Gains Tax, ROI atau Return

on Investment, dan pengiraan Valuation Fee, 

Legal Fee dan Stamp Duty, serta banyak lagi.


EASYLAW
=============

App ini juga bagus sebab features yang ada

seakan sama dengan apa yang ada dalam PCMY.









Walaupun ciri-cirinya tidak sebanyak app PCMY,

namun app ini sentiasa ada update yang baru.


DOCUSIGN
=============

App ini semakin popular sejak setahun yang lalu

kerana pandemic lockdown ini telah memudaratkan

pergerakan fisikal ejen hartanah.





App ini membolehkan pembeli, pemilik dan penyewa

tandatangan kontrak itu secara online tanpa berjumpa !!


Banyak agensi hartanah yang besar telahpun guna

app Docusign ini.

===============================

Jika korang ada guna App yang lain selain daripada

yang dipaparkan diatas, sila namakan App itu pada

ruang Komen dibawah.


DAN kalau post ini berfaedah untuk Team anda,

sila ingat buat Sharing ....








Selasa, 20 Julai 2021

Sempena Hari Raya Aidil Adha

Sempena Hari Raya Aidil Adha yang mulia ini,

saya telah membuat satu video khas dengan

Videon Creation Software yang saya telah beli

sejak 4 tahun yang lalu.


Ini ialah video ringkas itu




Sebenarnya saya hendak mengambil cuti 

dan tidak menulis apa-apa untuk hari ini.


Tetapi maklumlah, once a Blogger

.... always a Blogger ....


Jadi saya pun terasa sedikit terkekok

apabila saya tidak tulis sesuatu.


Sebelum saya menulis, adalah menjadi S.O.P

saya untuk ujudkan satu tema atau topik

terdahulu.


DAN berlandaskan itu .... maka inspirasi akan

timbul yang akan melicinkan penulisan cerita

saya untuk korang baca.


Tetapi untuk kali ini, saya memang tidak ada

apa-apa tema untuk dirujukkan. Sebab saya

langsung tidak ada niat untuk blogging hari ini.

Pendekkata, coretan hari ini aalah berdasarkan 

prinsip " Free Flow of Words ".


Apa yang terlintas difikiran saya buat masa ini

akan dijelmakan sebagai ayat dan perkataan

untuk tatapan umum.


Dari minda dikepala diatas, ia akan disalurkan

kepada tangan dan jari saya untuk ditaipkan.


Kebanyakkan orang yang cuba menulis akan

mengalami apa yang dipanggil " Writer's Block ".

dimana tiba-tiba ilham dan inspirasi mereka

tersekat .... dan kadang-kadang ini akan 

berlarutan selama beberapa hari dan minggu

sebelum mereka dapat menulis semula ....

macam terancat akal ....


TETAPI untuk saya, perkara ini memang jarang

berlaku sebab sejak dibangku sekolah menengah

dahulu, saya telahpun berminat dalam bidang

penulisan dan telah mengarang ratusan pantun,

anecdotes, short-stories, news articles dan 

sebagainya yang diterbitkan dimajalah dan

suratkhabar tempatan.


Malah saya juga mempunyai Weekly Column

saya yang tersendiri, dan pernah bekerja sebagai

Sub-Editor dan Freelance Writer.


Writing is in my Blood.

Once a Writer .... always a Writer.

And once a Blogger .... always a Blogger.


I bagi korang satu tip ....  

writing is a good way to release Stress.

Pada masa pandemik ini, memang ramai orang

yang dah tertekan dan terhimpit.


Dan menulis adalah satu ubat yang mujarab

untuk mengeluarkan keluhan dan rintihan anda .

Tak percaya ? 







Isnin, 19 Julai 2021

Dah sanitize rakan FB belum ?

Tidak dapat dinafikan yang ramai orang

menggunakan laman sosial Facebook untuk 

tujuan SOSIAL sahaja.


Setiap hari tunjukkan apa yang mereka makan

dan minum .... sampai Wan Tan Mee , Musang King

dan Sup Ekor Torpedo pun nak paparkan ....


Socializing is topmost on everybody's agenda

when on FB .... followed by Entertainment and

Edutainment.


Pendek kata kebanyakkan orang main Fesbuk 

untuk objektif hiburan dan sedikit pendidikan.


Walaupun saya hanya berkecimpung 5 tahun

dengan FB, namun ada 3 perkara yang selalu

menggusarkan saya.



PRIMA DONNA FRIENDS

=========================

Yo ... ini bukan Maradona  !!

Ini bukan main bola ....


Prima Donna bermakna orang yang Angkuh,

orang yang Sombong dan selalu UP saja.


Dalam FB Friend List saya, memang terdapat

ramai yang bersifat sebegini.


Selalu saya akan klik LIKE .... klik LOVE ....

klik WOW .... dan kadang-kadang KOMEN.


TETAPI mereka yang terlalu ATAS ini langsung

tak pernah balas sedemikian .... Korang ada tak

terserempak dengan FB Friend yang macam ni ?


Semua one-way sahaja .... 

Tapi bos FB kata Fesbuk is about Engagement

and about Interaction ... it should be Two-way ...

Setiap bulan saya akan buat review dan REMOVE

mereka yang terlalu up macam Mambang diAwan. 


5,000 FRIEND LIMIT

====================

Ramai tak tahu apa yang nak dibuat apabila

rakan-rakan yang telah dimasukkan dah mencecah

had 5,000 orang.


Sebenarnya ini perkara yang senang sahaja.

Cuma kena tukar Setting sedikit, dimana mereka

yang nak jadi kawan kau akan ditukarkan kepada

FOLLOWER instead of FRIEND.


Walaupun Friend dihadkan kepada 5,000 orang,

tetapi Follower adalah un-limited.... tak ada had !!


Nak tahu lebih, cuba Google saja ini 

" how to change facebook friend request to follow "


ADDING EVERYONE INTO FB PAGE

=================================

Ini yang buat saya Temberang sekali !!


Perkara sedemikian memang menjijikkan sebab

mereka ini telah TUKAR profile Facebook mereka

daripada Personal Account kepada FanPage !!


PEMALAS betul mereka ni ....

Personal FB mereka ada hampir 5,000 kawan.

Maka mereka pun take the Easy-Way Out dan

terus CONVERT their profile into a FanPage.


Sepatutnya mereka buat satu FanPage yang baru,

dan seterusnya hantar INVITE kepada kawan itu

samada nak join Page itu atau tidak.


TAPI mereka malas nak buat .... dan terus kasi Ta-Pau

kesemua kawan mereka kedalam Page mereka.


Saya dah terkena trick mereka banyak kali

tahun yang lepas .... sehingga tak boleh tahan dan

terpaksa buat video ini .....




Hampir seratus kali saya terpaksa UN-Friend mereka

selepas lapor kepada Facebook atas sebab Harassment.



Nasib baik pada bulan Mei 2021, Facebook telah tamatkan

shortcut ini .... korang boleh baca disini ...



" In the past, Facebook allowed users to convert their 

Profile to a Page by simply generating a Page based 

on the information already provided and translating the 

Profile's friends into Page fans. But, this is no longer 

an option. Instead, you will need to create a new 

Facebook Page for your business from scratch ".

==============================================

Jika pos ini berfaedah kepada anda,

sila KONGSIKAN kepada Team Member lain.

Sabtu, 17 Julai 2021

Detik yang memalukan sebagai Ejen Hartanah

Bukan senang nak jadi seorang ejen hartanah.

Bukan senang nak bertahan selama 28 tahun

dalam bidang agensi hartanah.


Lebih-lebih lagi seorang ejen yang terpaksa 

mengharungi banyak liku sedih-pilu, kepahitan,

kecederahan hati, makihamun, perlekehan,

dipandang rendah, diabaikan, dipersendakan,

dan lain-lain lagi ( yang tidak terhenti-henti ).


Namun demikian, saya tetap jadi seorang ejen.

Saya tidak akan bertolak dalih daripada satu

karier yang saya sukai dan cintai .... a career

that I am passionate about ....


I AM PROUD TO BE A REAL ESTATE AGENT !!





Kadang-kala saya akan menoleh kebelakang dan 

mengimbas kembali peristiwa-peristiwa yang

menyayatkan hati saya dan yang memalukan

saya sepanjang perjalanan ini.



Sebagai newbie agent ataupun digelar BBNU 

( Budak Baru Nak Up ), saya selalu diselubungi

oleh keghairahan nak close deal dizaman dulu.



Saya tidak memberi perhatian kepada bertapa

pentingnya mempunyai mandat atau arahan

daripada owner pemilik untuk jual.



Begitulah kisahnya apabila saya dipanggil 

untuk menghadiri pertemuan dengan satu

syarikat konglomerate untuk membentangkan

presentation.



Sejurus saya masuk kebilik Conference Room,

peguam inhouse mereka pun masuk dan tanya

" Do you have the mandate to sell ? ".



Saya kata " No ... my friend pass it to me ".



DAN peguam itu pun tunjuk tangannya

kearah pintu dan suruh saya keluar 

... Game Over ... Get Lost ... !!!







Imagine an estate agent got Kicked Out

by a lawyer ....



Saya tidak tahu apa perasaan korang.

Mungkin ada ejen yang rasa terkilan dan

terus pukul dan belasah peguam itu.



Mungkin ada pula ejen yang akan meradang

dan terus berkecamuk disitu.



Saya tak tahu apa yang korang akan buat.

TAPI saya tahu dan akui yang itu adalah

kesalahan saya ... sebagai seorang ejen newbie.



Diharap coretan kali ini dapat menjadi satu

pengajaran kepada Real Estate Negotiator

dan REN muda disini ....



Always have the Mandate or Instruction from 

the Owner .... or be prepared to be kicked out ....



Mengapa ejen hartanah harus buat Video Marketing

 " Video is the FUTURE of Marketing "


Ini adalah tajuk satu seminar yang dikendalikan

oleh seorang pakar pemasaran antarabangsa

tahun lepas.


Ilham untuk coretan saya kali datang dari seorang

pembaca yang tanya saya Mengapa saya tulis blog

dan bukannya buat video ?




Menurut pembaca ini, orang muda sekarang MALAS 

nak baca .....  dan suka tengok video sahaja.


Saya memang setuju dengan pendapat beliau.!!


Mengikut  carian online saya, 

" Hubspot found that 78% of people watch videos 

every week, while 54% watch videos every day.

Google’s research shows that 6 out of 10 people 

would rather watch online videos than television.

YouTube states that its users view more than 

1 billion hours of video each day on the platform.

To meet this growing demand, Facebook, Instagram, 

Twitter, and LinkedIn have all become ‘video first’ 

and created new video-friendly placements like 

‘live’ broadcasting, and ‘stories’. At the same time, 

the popularity of video-based platforms like Tik Tok 

have exploded "


Mengapa ejen hartanah perlu buat Video Marketing ?


Jawapannya ialah kerana video adalah sesuatu yang

interaktif .... engaging ... addictive .... sebab video

melibatkan pergerakan secara visual.


Tambah lagi dengan muzik, suara voice-over serta

animasi yang sesuai ....  video boleh menarik perhatian

orangramai kepada produk, perkhidmatan dan juga

hartanah yang ejen itu nak jual atau sewakan.





Masalahnya ialah ramai ejen hartanah hanya

menggunakan telefon bimbit mereka untuk

rekodkan video itu.



Ini menyebabkan video mereka itu kurang elok

kerana terdapat banyak gegaran kerana tangan

mereka tidak stabil. Video yang dihasilkan itu

bergoyang dan bergolek macam tarian rongeng !!



Untuk mengatasi masalah ini,  property agent 

pun gunakan 3-Axis Handheld Gimbal Stabilizer 

untuk diselitkan telefon bimbit mereka.





Walaupun kualiti video yang dibuat itu ada

peningkatan kualiti, tetapi ia masih mengalami

gegaran apabila ejen hartanah itu nak berjalan

secara pantas atau nak berlari dan melompat.



Dan masalah ini saya berjaya atasi dengan

menggunakan alat video recorder yang berharga

lebih kurang RM1,500.00  .... saya lari berjogging

pun no problem ....memang stable video recording !!



Korang boleh tonton video saya ini 






Walau apa pun, ejen hartanah mesti tahu apa jenis

video yang nak dibuat kerana terdapat 10 jenis

video yang mempunyai matlamat berlainan.



Mengikut research saya, jenis itu ialah, 



1. The spot video ( short video trailer )

2. The explainer video

3. The product demonstration video

4. The company culture video

5. The behind-the-scenes video

6. The customer testimonial video

7. The employee portrait video

8. The web series video

9. The branded mini-documentary 

10. The branded short film



Maka jika korang ada tujuan rekording yang betul

serta alat video recorder yang canggih, memang 

berbaloi jika membuat video untuk tujuan marketing.



TAPI untuk saya, video marketing bukan sesuatu

yang saya suka kerana ia melibatkan masa yang

panjang untuk menyunting dan edit video itu.

( kena ada Video Editing Software )



TAMBAH lagi muka saya tak handsome macam

celebrity Wak Doyok ....




Jumaat, 16 Julai 2021

Siapakah Mentor Hartanah Pertama saya ?

Jangan berlagak macam Burung Gagak ....

Live simply ... always Conserve and Preserve


Ini adalah pengajaran yang begitu jitu sekali

yang telah diberkati kepada saya daripada

mendiang Tan Sri Dato Dr. T.K. Wen .... 


Pesanan itu amat berkesan dan bermakna,

Sehingga kehari ini .... saya tidak ada Rolex,

BMW, Audi, Mercedes, Porsche, Bentley, etc.

( berbanding dengan Team Leader masakini

yang asyik berlakun dan berlagak demi nak

rekrut jasad muda  ).


Tan Sri adalah Mentor Hartanah Pertama saya .

Dan beliau juga merupakan Executive Chairman

Selangor Properties Berhad yang pada zaman

dulu telah membangungkan 4,000 ekar tanah

pokok getah yang dibeli dari SOCFIN Plantations

yang sekarang digelar Bukit Damansara ....

(termasuk sekitar Pusat Bandar Damansara 

termasuk Pavilion Damansara Heights dan 

Damansara City )








Waktu itu saya hanya berumur 29 tahun.

Dan bekerja sebagai pegawai hartanah

dengan tugas-tugas yang merangkumi

Marketing ... Business Development ....

Project Development ... dan sebagainya.


Walaupun disenaraikan diBursa Saham Malaysia

pada ketika itu, namun demikian syarikat itu

beroperasi sebagai " skeleton staff " dengan

lebih kurang 25 kakitangan sahaja kerana

cara Tan Sri adalah ... to keep it lean and simple 

.... maka banyak operasi harian di outsource

kepada pihak lain .


Apa yang ketara ialah berapa bertuahnya saya

.... yang berusia begitu muda ... diberi peluang

untuk berlajar daripada kedua-dua Tan Sri dan

Puan Sri ... yang merupakan among the Top 20

Billonaires in Malaysia !!


Bila saya join syarikat itu, saya terpaksa lapur

kepada Pengurus Besar yang seterusnya akan

salurkan kerja saya kepada Tan Sri pula.


Oleh kerana GM itu sentiasa busy dengan 

kerja akaun dia, maka Tan Sri pun arah saya

" George ... since you work so fast, you can

now report direct to me instead ... ".


Bos selalunya nak segala tugas dipersegerakan

tanpa melalui lapisan birokrasi dan red tape.

Dan ia akan melambatkan sekiranya saya

dikehendaki go through the General Manager.


OLEH itu .... 

saya berpeluang mendampingi Tan Sri dan Puan Sri

dan berlajar dari mereka yang betul-betul TOP !!

Ilmu yang berharga bukan senang diperolehi.


Live simply ... alway CONSERVE AND PRESERVE.

Apa pesanan ini ?


LIVE SIMPLY bermakna hidup secara sederhana.

Be happy & contented with what you already have.

Jangan tamak ... jangan nak rebut kesemuanya.

You cannot take everything with you when you die.


CONSERVE AND PRESERVE pula bermaksud

jangan membazir wang anda keatas benda-benda

yang akan Susut-Nilai ... seperti kereta mewah itu,

dan selalu ingatkan cara untuk cut costs.


Hanya beli yang praktikal dan bukan untuk berlagak.

Contohnya apabila banker datang untuk meraih

business dari Tan Sri ... selalunya banker itu akan

pakai suit yang mahal, kasut yang berkilat, dan

jam tangan yang berharga ratusan ribu ringgit.

( Audemars Piguet, A. Lange & Sohne, Rolex, 

Patek Philippe, Blancpain, Jaeger-LeCoultre, 

Ulysse Nardin, Chopard, IWC Schaffhausen,

Vacheron Constantin )


TAPI jam tangan Billionaire Tan Sri cuma jenama 

Casio yang berharga lebih kurang RM200 saja !!


Both watches .... the Casio and the luxury one,

can also tell the same time ... kata Tan Sri .


Sampai kehari ini, jam tangan saya selalunya

murah-murah belaka yang saya claim daripada

Gift Points dari Citibank, UOB dan Maybank.

MALU saya nak tunjukkan kat korang ....


Dah terserap ajaran Tan Sri kenaluri saya  !!


Khamis, 15 Julai 2021

Bandar Malaysia ditamatkan lagi

Bandar Malaysia ditamatkan lagi ?

Inilah berita hartanah yang menarik semalam !!


Sungguh dramatik sekali kerana projek gergasi 

yang mempunyai RM140 Billion GDV ( Gross

Development Value ) ini pernah ditamatkan 

pada bulan Mei 2017.


Dan pada bulan April 2019, projek yang dikatakan

National Project ini disambungkan semula, dengan

syarat-syarat baru termasuk pembinaan 10,000

unit " affordable homes ".








TAPI semalam saya baca berita yang kedua pihak

--- Kementerian Kewangan dan IWH CREC Sdn Bhd,

telah bersetuju untuk tamatkan projek ini dan 

RM1.54 Billion yang telah dibayar kepada Ministry

of Finance akan dikembalikan kepada pemaju....


IWH-CREC ialah 50:50 kerjasama diantara

Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan

China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd,

anak syarikat gergasi  China Railway Group Ltd.


Bandar Malaysia adalah seluas 485 ekar, dan adalah

tapak lama pengkalen Tentera Udara Malaysia dan

dipanggil Sg. Besi TUDM Airport.


Setelah projek ini diumumkan, maka aset dan

fasiliti Royal Malaysian Air Force disitu pun 

dipindahkan ketapak baru diBandar Baru Sendayan

dekat Seremban 2.






Antara ciri-ciri unik Bandar Malaysia ialah HSR

( High Speed Rail ) keSingapura, dan pembentukan

" world's largest underground city " dengan TOD

( Transit Oriented Development )


Bandar Malaysia juga akan diiktirafkan dengan

GBI ( Green Building Index ) Platinum Township 

( an environmental rating system by the 

Pertubuhan Arkitek Malaysia dan ACEM 

( Association of Consulting Engineers Malaysia ).


Projek ini juga berlandaskan CPTED 

(Crime Prevention Through Environmental Design).


Malangnya, HSR itu telah ditamatkan pada

Januari 2021 kerana tidak ada kata sepakat antara

kerajaan Malaysia dan Singapura.


Dan berita semalam telah menghaibkan segalanya.

Alangkah baiknya jika Bandar Malaysia dapat

dibangunkan dan menjadi satu World Class City 

yang boleh membanggakan rakyat Kuala Lumpur

serta menaikkan Malaysia kepersada antarabangsa ?